Thursday, 31 July 2014

SESB CEROBOH TANAH MILIK MOHAMED PROJEK SOLAR HIBRID KG TUNDUN BOHANGIN

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Projek Pembinaan  Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid  Kampung Tundun Bohangin Kinabatangan oleh pihak Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) diatas  sebidang tanah bergeran NT No:477 seluas hampir satu setengah ekar  kepunyaan Mohammad bin Ejul @ Mahmud bin Ejul nombor mykad 420204-12-5149 tanpa meminta kebenaran bertulis daripada pemilik tanah tersebut  ini merupakan satu percerobohan hak asasi kemanusian.

“Sepatutnya pihak SESB sebelum memulakan projek tersebut pada tahun  2012 pihak SESB harus berjumpa dengan saya terlebih dahulu sebagai pemilik tanah ini bukan membelakangi tuan punya tanah walaupun telah diberikan kelulusan oleh Ketua Kampung  Kampung Tundun Bohangin Puluk Asmat siapa dia (Puluk) apa kuasa  dia dengan sesuka hati membenarkan pihak SESB membuat projek tersebut tanpa bersemuka terlebih dahulu dengan saya sebagai pemilik tanah yang sahnya” jelas Mohammad.


Tanah saya mempunyai keluasan 8.94 ekar nombor pelan 9628 mempunyai geran bukan tanah haram kenapa  pihak SESB dengan sesukahati mendirikan projek tersebut tanpa pengetahuan saya kenapa harus ikut  telunjuk  Ketua Kampung Puluk Asmat apa hak dia memandai-mandai memberikan kebenaran dia ingat ini tanah  bapa dan nenek moyang mereka” tegas Mohammad.

“Dalam hal ini saya sudah membuat aduan kepada Pegawai Daerah dan juga pegawai Jabatan Tanah dan Ukur termasuk Balai Polis Bahagian Sandakan nombor rujukan Polis Repot ialah  Kota Kinabatangan/002574/12 bertarikh 26 November 2012. namun sehingga kini tiada sebarang tindakan daimbil” katanya.

“Saya pernah pergi kepejabat Tanah dan Ukur untuk meminta nasihat mengenai pihak SESB menceroboh membuat projek diats tanah saya tanpa memberikan ganjaran atau pampasan  menurut pegawai Jabatan Tanah dan Ukur tanah tersebut tidak boleh disewakan tetapi pemilik tanah boleh menuntut  pampasan  kepada pihak SESB untuk meminta ganti rugi keatas sebidang  tanah seluas satu setengah ekar yang telah diceroboh oleh SESB untuk tapak projek tersebut.


“Saya amat setuju atas nasihat pihak Jabatan Tanah dan Ukur agar pihak SESB mengadakan rundingan untuk membayar pampasan sejak dari tahun 2012 hingga ke 2014 kadar sewaan sebulan RM1,500X24 RM36,000.00 yang harus dibayar dahuu kemudian baru kira semula perjanjian baru “ ujarnya.

Kata Mohammad sekiranya pihak SESB gagal atau enggan melunaskan pembayaran pampasan seperti yang dituntut itu mereka akan melantik peguam untuk mengemukakan saman kepada pihak SESB ini saja satu jalan terbaik dan disamping akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa kepada Ketua Kampung Puluk Asmat kerana bersekongkol dengan pihak SESB kerana berani membenarkan pihak SESB membuat projek tersebut diatas tanahnya sebagai  milik persendirian.






2 comments:

  1. Boleh tahu apa terjadi kes ini seterusnya?SESB bayar pampasan?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dengan batu sempadan hilang oleh kerana sesb telah membina transfomer kawasan batu sempadan tersebut tanpa membuatpemberitahuan terlebih dahulu? Tq

    ReplyDelete