Sunday, 13 July 2014

GURU YANG MENCEDERAHKAN MURIDNYA HARUS DITUKAR KE TEMPAT LAIN DI LONG PASIA....PILAY

Wrutten by Admin

OLEH WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

SHAH ALAM:- Seorang guru disebuah sekolah di Port Dickson yang didapati membelasah anak muridnya sehingga menyebabkan kecederaan di kepala jangan di pandang ringan dan guru terbabit harus diambil tindakan dan perlu ditukar ketempat lain khususnya di sekolah terpencil di kawasan pedalaman di Sabah Long Pasia Pengsiangan seperti yang dicadangkan oleh Timbalan  Menteri Pendidikan kelmarin.
.Naib Presiden GERAKAN  Dato Kolihan Pilay (gambar)  berkata tindakan tegas harus diambil agar kes-kes sebegini tidak akan berulang kembali. Pada zaman saya dahulu, tidak pernah belaku kes sebegini yang melibatkan guru memukul anak murid hingga berdarah-darah, stapler telinga, memukul dengan kasut dan tendang pelajar.
“Pada pendapat saya, semua ini berlaku kerana guru hari ini begitu tertekan dengan keadaan sekeliling juga dengan kos hidup yang tinggi pada zaman sekarang.                                          





INILAH JALAN RAYA LONG PASIA...Guru terbabit akan dipindahkan kesini.
“Kaunseling perlu diberikan bukan hanya untuk murid malah kepada para guru supaya mereka bebas dari tekanan emosi.
“Diharapkan agar selepas ini tiada lagi kedengaran kes-kes penderaan fizikal terhadap pelajar,” katanya.
Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berharap agar orang ramai tidak mengaitkan kes sebegini dengan politik. Ini adalah masalah antara guru dan pelajar.




No comments:

Post a Comment