Thursday 24 July 2014

HASSAN MALIK YANG DIDAKWA BERSEKONGKOL DENGAN YSLM HARUS BUAT KENYATAAN TERBUKA?....GESA JEFFRY

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


TAWAU:- Presiden Kelab Penyokong  BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSK) Datuk Mohd Jeffry Rosman (Gambar)  mendesak kepada Menteri  Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi Datuk Hassan Malik agar  memberikan kenyataan  secara rasmi  terbuka mengenai dakwaan pihak YSLM kononnya beliau (Hassan) malik telah memberikan kebenaran kepada Zhang Jiang milik syarikat YSLM untuk meneruskan aktiviti-aktiviti perniagan yang berbentuk jualan langsung.

Kata Jeffry sebulan yang lalu dimana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) telah membuat serbuan di beberapa premis milik YSLM atas laporan orang ramai bahawa syarikat YSLM milik Zhang Jiang telah melakukan penipuan lebih 300,000 orang di seluruh negara jadi mangsa keadaan.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak YSLM tambah Jeffry mereka menyatakan bahawa pihak KPDNKK akan membatalkan  untuk mendakwa pihak YSLM atas alasan kononnya pihak kementerian berkenaan semasa membuat serbuan atas kesilapan  teknikal.


“Kita bimbang tindak tanduk pihak YSLM yang mengaitkan nama Menteri Perdangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi  sebagai pelindung kepada syarikat YSLM  adakah perkara ini benar atau disengajakan diputarbelitkan oleh pihak YSLM untuk mengelirukan orang ramai supaya mempercayai bahawa YSLM kini boleh beroperasi semula untuk menjalankan perniagaan hala penipuan itu” tanya Jeffry.

“Saya bagi pihak Kelab NGO (KPBNSK) memandang serius dalam perkara ini dan minta supaya pihak kerajaan bertegas dan menjalankan sisiatan terperinci mengenai lakukanan licik  dan dakwaan pihak YSLM yang mencemarkan nama baik pihak KPDNKK kononnya menghalalkan perniagaan yang kini menjadi kontroversi di kalangan rakyat atas perbuatannya penipu orangr amai” ujarnya.

Sepekara lagi kata Jeffry pihak polis atau pihak KPDNKK harus menjejaki seorang  yang dikenali  Midili Jakir yang merupakan orang kanan Zhang Jiang kerana bersubahat dengan YSLM melakukan penipuan kepada orang ramai.
 
“Midlili Jakir amat berbahaya kerana kegiatan penipuannya kepada orang ramai ia boleh menjahanamkan dirinya sendiri elok tangkap orang ini siasat betulkah dia terlibat dan bersekongkol melakukan kerja-kerja penipuan kepada orang ramai bersama YSLM” tegasnya.




SESIAPA YANG KENAL ORANG INI...sila laporkan kepada polis atau tangkap ikat tangannya serahkan ke balai-balai polis yang berhampiran orang ini bersekongkol dengan  pihak YSLM  melakukan kerja-kerja penipuan kepada orang ramai


1 comment:



  1. PERINGATAN: Free Sandakan Today.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    ReplyDelete