Monday 7 July 2014

UMNO DAN DAP SAMA-SAMA EDAR BUBUR LAMBUK DAN KURMA

By Admin

Kita bukan musuh dan saya tiada masalah sekiranya diundang lagi oleh Umno untuk melakukan aktiviti pengedaran bubur lambuk dan kurma di kawasan lain











PERBEZAAN IDOLOGI  FAHAMAN POLITIK....Demi rakyat UMNO dan DAP bersatu bersama-sama mengagih-agihkan bubur lambuk dan kurma ini daya pemiiran politik baru
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata semalam beliau bersama-sama Ketua Pemuda Umno Kluang, Datuk Khairul Rahmat telah mengedar bubur lambuk dan kurma di Bazar Ramadan Kluang (BRK).

Menurutnya, beliau telah mendapat undangan daripada Khairul dan ini menunjukkan satu pemikiran politik yang baru.
“Ini merupakan semangat baru ditunjukkan oleh Umno walaupun kita berlainan kefahaman politik.
“Kita bukan musuh dan saya tiada masalah sekiranya diundang lagi oleh Umno untuk melakukan aktiviti pengedaran bubur lambuk dan kurma di kawasan lain,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Sementara itu Khairul tidak setuju dengan tindakan atau perlakuan petugas Bazar Ramadhan Kluang (BRK) kerana tidak menggambarkan sama sekali akhlak Pergerakan Pemuda Umno Kluang.
“Sebaliknya, apa yang dilakukan petugas BRK itu adalah dalam kapasitinya sebagai individu. Kami sentiasa komited dengan memperjuangkan isu berkaitan agama, bangsa dan negara.
“Justeru saya menyeru semua pihak untuk mempamerkan akhlak Islamiyah dalam urusan sesama manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun ideologi politik,” jelasnya.
Beliau juga menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda Umno Kluang bukanlah merupakan urus setia BRK kerana ianya di bawah Majlis Perbandaran Kluang (MPK).
“Kami sama sekali tidak terlibat dalam soal berkaitan aspek pentadbiran ataupun keselamatan BRK,” ujarnya.

Pemuda UMNO Kluang jadi contoh mana-mana UMNO seluruh Malaysia politik-politik demi rakyat kita harus bersatu lagi-lagi dimusim bulan Ramadan yang penuh berkat ini




No comments:

Post a Comment