Written by Admin
OLEH:
SAIMON S JUMADI


Tujuan kita memberikan
sedikit bantuan ini untuk meringankan beban kepada yang kurang berada supaya
mereka dapat bersama-sama menyambut hari lebaran dengan insan-insan yang lain
dengan hati penuh kegembiraan.
Dimusim bulan Ramadan
Almubaraq ini umat Islam bukan sekadar diperintahkan berpuasa sebulan untuk
menahan segala kelaparan dan kehausan dan menjauhi segala perbuatan songsang yang
boleh membatalkan puasa bahkan bersedakah
dan berzakat ia merupakan satu
ibadah dan amal jariah ini memang dituntut oleh Islam, jadi banyakkanlah
beribadah dibulan yang mulia ini kerana bulan
Ramadan Almubaraq merupakan bulan keampunan banyak pahala dan ganjaran darpada Allah kita
dapat
Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Saamsudin Yahya berkata demikian kepada media sejurus
selepas beliau menghulur sumbangan bantuan bulan Ramadan kepada warga tua dan ibu-ibu
tunggal di Kampung Sundang Darat pagi tadi.
atanya sumbangan sebegini
memang dilaksanakan saban bulan Ramadan setiap tahun untuk keperluan pada penduduk di kawasdan DUN
Sekong..
“Memandangkan harga barangan
keperluan hari raya agak mahal saya
ingin menasihatkan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambut hari
raya ini bila berbelanja secara berhemahlah beli barang-barang yang perlu
sahaja.” Ujarnya.
No comments:
Post a Comment