Thursday, 17 July 2014

MASYARAKAT BUMIPUTERA ISLAM MENYERTAI DAP TAK KECOH SATU SABAH BERBEZA DI SEMENANJUNG

Written by Admin
OLEH: KAMARUL ZAMAN

SEREMBAN:- Salah kah kalau bangsa Melayu  bergama Islam menyertai Parti DAP kalau itu parti pilihan terbaik lagipun  DAP juga parti multi racial seperti  parti Gerakan  ramai orang Melayu jadi ahli Gerakan tiada sesiapa yang mahu mempertikatkan mereka.
Namun sebaliknya kalau bangsa Melayu bergama Islam menyertai DAP kecoh satu Malaysia sehingga mereka telah dicap sebagai murtad, pengkhianat negara bangsa dan jadi kominis
Ini jelas dan menjadi satu realiti  yang telah dinyatakan oleh mantan calon  DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lepas, dimana  Dyana Sofya Mohd Daud berkata beliau bangga menjadi Melayu dan beragama Islam.
Dyana Sofya berkata beliau tetap orang Islam dan beridentiti orang Melayu walaupun memilih bersama dengan parti DAP.
Menyertai DAP sejak penghujung 2011, Dyana Sofya percaya lebih ramai anak muda akan menyertai DAP termasuk anak muda Melayu.
Ditanya apakah Dyana Sofya akan membawa masuk lebih ramai anak gadis Melayu menyertai DAP, Dyana memberikan reaksi
“Bukan sahaja anak muda Melayu tetapi saya juga mahu membawa anak muda Cina dan India, lelaki dan perempuan.
“DAP bukan memperjuangkan nasib satu kaum sahaja tetapi semua kaum.
“Saya menyertai DAP kerana melihat keterbukaan DAP dan tidak ada diskriminasi terhadap kaum lain.
“Baru-baru ini saya telah rekrut 30 orang menjadi ahli DAP yang terdiri dari berbilang kaum,” katanya.
Dyana Sofya yang juga merupakan seorang peguam berkata platform anak muda sangat penting untuk pembangunan negara.
“Sekarang ini ramai anak muda dari pelbagai latar belakang, bangsa dan agama berminat menyertai DAP
“Saya tidak membuat perbandingan antara DAP, PAS dan PKR
“Saya memang berminat dalam politik tetapi masa itu saya belum ada idea lagi.
“Tetapi Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir yang mula-mula memberikan penerangan tentang DAP.
“Selepas itu saya hadir dalam beberapa program DAP, dan saya belum menjadi ahli ketika itu.
“Lepas itu saya berjumpa beberapa pemimpin DAP seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh.
“Jadi saya study (kaji) balik perjuangan mereka untuk rakyat, yang berjuang untuk rakyat tanpa personal gain (kepentingan peribadi) dan proj
“Budaya itu berbeza. Saya juga jumpa kawan-kawan dalam DAP yang mempunyai “mindset” yang sama seperti saya.
“Mempunyai visi dan misi yang sama seperti saya contohnya sama-sama mencintai negara.
“Sebab itu saya menyertai DAP,” Dyana Sofya berkata demikian ketika ditemui media pada majlis Iftar anjuran Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (DAP) di Seremban malam kelmarin.
“Kenapa di Sabah ramai masyarakat Bumiputera Islam menyertai DAP orang Sabah tak kecoh satu Sabah  mereka tak dicap sebagai murtad atau jadi pengkhianat bangsa dan negara ini jelas  menampakan orang-orang Sabah mempunyai  daya pemikirannya  yang  luas tidak menjadi penatik mereka bebas mana satu parti yang mereka suka kalau parti itu yang terbaik bagi mereka  menjadi pilihan mereka” kata Dyana lagi.
Selain Dyana Sofya dan Anthony Loke, turut hadir ialah ahli DAP terbaru, gadis Melayu yang berimej muslimah, Syefura Othman; Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun (PKR); ADUN Nilai, J Arulkumar (DAP); ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin (DAP) dan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr.Ahmad Azam Hamzah.



No comments:

Post a Comment