Thursday 17 July 2014

AHLI PARLIMEN SANDAKAN STEPHEN WONG HADIR MAJLIS BUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT

Written By Admin


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sebagai warga negara dan bangsa Malaysia walaupun berlainan adat resam dan budaya dan agama serta kefahaman idologi poliitik yang berbeza ia bukan satu penghalangan untuk kita menjalinkan hubungan siratulrahim di kalangan rakyat majmuk.

Walaupun kita dipihak parti pembangkang  namun kita mempunyai tanggungjwab yang serupa dengan para pemimpin kerajaan tugas kita ialah untuk membantu rakyat sedaya yang mampu bagi mereka yang menghadapi pelbagai masalah.

Sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat jelata kita tidak boleh  lupa kepada pengundi-pengundi kita mereka seharusnya dilawati agar kita tahu segala sesuatu masalah yang dihadapi.

Dalam pada itu untuk mendekati rakyat tidak kira siapa mereka Ahli Parlimen Sandakan (DAP) telah menghadiri  Majlis Berbuka Puasa  bersama-sama penduduk Kampung  Setinggan Batu ½ Jalan Utara malam tadi.

Kedatangan Wong bersama rombongannya yang terdiri daripada mantan calon DUN Tanjung Papat Frankie Poon Pegawau Khas Parlimen P186 Amsi Wong dan Dayang Zubaidah Datu Tahil disambut dengan hati yang terharu dan gembira oleh penduduk-penduduk berkenaan.

Dalam ucapan ringkas Wong menyeru kepada penduduk-penduduk kampung berkenaan agar hidup dalam suasana aman dan damai dan tenteram tambahan lagi  dibulan Ramadan ini.

 Wong juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk kampung itu kerana bersusah paya menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka puasa bersama-sama dengan penduduk berlenaan.
  
Selanjutnya mengucapkan  selamat berbuasa dan selamat menyambut Hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi semoga sambutan perayaan hari raya ini disambut dengan penuh gembira dikongsi bersama dengan rakan-rakan setempat

“Memandangkan harga barangan keperluan hari raya melambung tinggi saya nasihatkan kepada masyarakat Islam yang akan menyambut Hari Raya ini agar berbelanja dengan penuh jimat cermat dan belilah barang-barang yang perlu sahaja dan saya juga merasa gembira kerana semua penduduk di kampung ini rata-rata  bakal menududuki rumah baru iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam masa terdekat ini Syabas dan Tahniah”  ujarnya.

MESRA...Wong dan rombongan hadir pada majlis Berbuka Puasa

 

Dalam pada itu para penduduk kampung berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Wing kerana merupakan Ahli Parlimen Sandakan yang benar-benar berjiwa rakyat yang sentiada peka dan prihatin terhadap masalah rakyat tanpa bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment