Monday 14 July 2014

KHALID IBRAHIM NAFI AKAN MENYERTAI UMNO DAN PAS SEMUANYA PROPAGANDA UNTUK MENGELUKAN

Written by Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

SELANGOR”- Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau turut bergambar bersama beberapa pemimpin daripada pelbagai parti termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN).


KHALID NAFI...Tidak semestinya saya duduk berbuka puasa bersama Preiden UMNO saya dikakatan  mahu menyertai UMNO begitu juga tak semestinya saya duduk dengan Presiden PAS esok saya akan menyertai PAS ini dibulan Ramadan kita seharusnya baik-baik semasa sendiri Umat Islam

"Saya bergambar dengan perdana menteri, selepas itu dengan (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan malam tadi bergambar dengan presiden PAS. Kalau berasaskan gambar saya, banyak parti sudah saya masuk," katanya kepada  media  selepas Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Selangor untuk Sukma 2014 di Shah Alam hari ini.

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu turut menafikan kehadiran beliau bersama Najib dalam program di ibu negeri Selangor itu baru-baru ini sebagai petanda untuk mempertahankan jawatan beliau selaku menteri besar.

"Tidak (pertahankan jawatan menteri besar). Perdana menteri ingin melawat Selangor, hadir di ibu negeri Shah Alam, ada baiknya menteri besar bersama-sama beliau.

"Tujuan kita menghormati beliau. Saya pun dapat pahala berjemaah bersama-sama," katanya.
Gambar Khalid bersama Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dimuat naik Khalid di laman Facebook miliknya malam tadi.

Penyebaran gambar tersebut menimbulkan spekulasi beliau akan menyertai PAS.

Kedudukan Khalid sebagai menteri besar kini menerima tekanan daripada musuh dalaman parti yang diwakilinya, PKR, apabila terdapat gesaan terbuka agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu melepaskan jawatan sebagai menteri besar.

Beberapa pemimpin PKR seperti Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari secara terbuka meminta Khalid meletakkan jawatan ekoran tewas pertandingan mempertahankan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan PKR yang masih berlangsung.

Kata sumber itu lagi gambar perjumpaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dimuat naik di Facebook semalam yang menimbulkan spekulasi penghijrahan beliau kepada PAS. – Gambar Facebook Abdul Khalid Ibrahim, 13 Julai, 2014.Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan khabar angin beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai parti itu selepas penyebaran gambar pertemuan tersebut


“Inikan di bulan Ramadan yang penuh berkat kita ketepikan dulu soal kefahaman idologi politik yang berbeza sebagai umat Islam kita adalah saudara tak salah kalau kita sebagai hambanya bersua bermesra berbuka puasa bersama-sama pemimpin negara seperti Datuk Seri Najib walaupun dia Presiden UMNO, kita dari Pakatan tak jadi masalah janganlah pula ditimbulkan isu yang saya  mahu menyertai PAS lah mahu menyerai UMNO ini semua tak betul disengajakan buat kenyataan yang mengelirukan rakyat” tegas Khalid

No comments:

Post a Comment