Friday 08 November 2013
Written by
Admin
OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
KOTA KINABALU: Lima lelaki yang memiliki dadah jenis syabu bernilai RM1 juta dan wang tunai RM465,000 serta memiliki senjata api sepucuk pistol telah berkas dan barang-barang mereka turut dirampas dalam serbuan polis di salah sebuah bengkel kenderan di Inanam dekati sini petang semalam.
Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam serbuan pukul 3 petang di premis dua
tingkat di Lorong Mangga 1, BDC Industrial Estate, Jalan Kolombong itu polis
turut merampas lapan kereta mewah yang dipercayai hasil jualan dadah.
Kesemua suspek rakyat tempatan berusia antara 28 dan 41
tahun itu diberkas di premis berkenaan dan tiga daripada mereka turut positif
dadah, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Hamza berkata polis percaya suspek merupakan anggota
sindiket dadah tempatan yang menerima bekalan dari luar negara.
“Dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran
tempatan,” katanya.
Mengulas serbuan itu, Hamza berkata polis terpaksa
memecahkan pintu masuk utama premis selepas penghuni di dalamnya enggan membuka
pintu apabila diminta berbuat demikian oleh polis.
Kesemua dadah terbabit ditemui di dalam bungkusan plastik
dan juga karung kanvas di tingkat atas dan bawah premis, manakala pistol itu
bersama 12 butir peluru getah ditemui ketika pemeriksaan di sebuah bilik di
tingkat atas yang turut menempatkan sebuah peti simpanan mengandungi wang tunai
RM465,000, katanya.
Semua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati
mandatori jika sabit kesalahan.
Katanya dengan kes terkini itu, jumlah dadah jenis syabu
yang Berjaya dirampas oleh polis Sabah setakat ini ialah 87.763 kg.
No comments:
Post a Comment