Thursday 14 November 2013

Suhaizan tawar lima agenda perkasakan Pemuda PAS

By Admin

Thursday   November 14, 2013
Beliau tidak gembira dengan dengan label-melabel yang menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli.
 








PETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menawarkan lima agenda utama andainya beliau menang jawatan tersebut dalam muktamar pemilihan di Shah Alam pada 22 November ini.
Lima agenda itu ialah pertama, mendepani isu rakyat secara berkesan dan berterusan. Kedua,  Pemuda PAS sebagai sebuah inkslusif.
Ketiga, Pemuda PAS menjadi pengimbang dalam parti. Keempat, merapatkan perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli Pemuda PAS dan kelima, Pemuda mahu meneruskan kesinambungan perjuangan pimpinan Pemuda yang terdahulu.
Suhaizan yang juga Ketua Pemuda PAS Johor berdepan saingan tiga penjuru iaitu Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan muka baru, Zulhazmi Shariff.
Kerusi Pemuda PAS kosong ekoran Nasruddin Hassan tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya bertanding kerusi Ahli Jawatankuasa Pusat.
“Saya percaya sasaran lima agenda itu boleh dilakukan walaupun tempoh yang ada cuma setahun setengah sahaja,” tambah beliau.
Suhaizan mendakwa, pencalonannnya bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat mendapat sokongan majoriti dari kawasan-kawasan PAS di Johor.
Beliau berkata, wujud kegelisahan di kalangan ahli Pemuda ekoran keghairahan sesetengah pihak tertentu dengan gelaran tertentu.
“Gerakan Ergogan atau Erbakan masih kedengaran, jika tidak dihentikan ia boleh memecah belahkan parti.
“Saya tidak gembira dengan label-label ini, kalau Pemuda PAS berpecah akan rosaklah parti (PAS),” tambah beliau.
Suhaizan berkata, beliau juga mahu meneruskan perjuangan Nasruddin supaya Pemuda PAS menjadi lebih mantap lagi. mft

No comments:

Post a Comment