Thursday, 10 July 2014

WANITA GERAKAN ANJUR LARIAN HAPUSKAN RASUAH (JANGAN BERI JANGAN TERIMA)

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: DAVIS ONG
  

ELOPURA:-  Masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun  di negara ini  haruslah sama-sama memerangi gejala rasuah kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral kalau tidak mendapat sogokan maka sesuatu benda yang kita inginkan tentunya tidak berhasil jadi sampai bila kah gejala rasuah ini berterusan  berleluasa tanpa dibendung.

Gara-gara tabiat gejala rasuah maka negara kita macam-macam terjadi walaupun cukup ketat di kawal oleh pihak pertahanan negara tetapi mungkin dengan gejala rasuah maka ia boleh dibolosi oleh petualang-petualang negara, lataran  itu gejala rasuah adalah merupakan  musuh Negara yang mempengaruhi kemajuan dan pembangunan Negara.  

Dari itu semua lapisan masyarakat harus bertanggungjawab dan komited dalam menangani dan menghapuskan rasuah yang merupakan aktiviti menjijikan.

Begitulah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Negeri Sabah Lily Aw kelmarin ketika mengumumkan pembentukan barisan Ahli Jawatankuasa Penganjur bagi LARIAN HAPUSKAN RASUAH JANGAN BERI, JANGAN TERIMA Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Padang Bandaran Sandakan pada 10 Ogos, 2014 (Ahad)  


Larian  tersebut adalah antara siri program Hapuskan Rasuah di bawah kelolaan Wanita Nasional Parti Gerakan yang telah dan akan diadakan di semua negeri bermula 20 April hingga 2 November 2014.   Larian tersebut telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 20 April 2014. 

 Objektif utama program ini adalah memberi kesedaran kepada orang ramai agar komited dalam menghapuskan gejala rasuah di Negara kita dengan bertindak tegas “tidak memberi dan tidak menerima rasuah”.  

Pengerusi Penganjur Lee Yee Ling menyeru orang ramai, jabatan dan NGO agar memberi sokongan padu dengan menyertai larian tersebut .   Para peserta diminta memakai kemeja-t putih pada hari larian dan  sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri  akan diberikan kepada setiap peserta.  


ALBUM...Lily Aw bersama sebahagian AJK penganjur 




Larian sejauh 3km bermula dan berakhir di Padang Bandaran mengikuti laluan Jejak Warisan Sandakan.   Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi Lee Yee Ling (H/P.  012-8168704) dan Lo Mei Yong (H/P. 016-8264089).


Berikut adalah senarai AJK penganjur tersebut:
Pengerusi Penganjur        :              Lee Yee Ling
Setiausaha                         :              Lo Mei Yong
Bendahari                           :              Lily Aw
Publisiti /Jurugambar       :              Lin Oi Mee
Pengacara Majlis              :              Lo Mei Yong
Kain Rentang                     :              Chong Chiew Nar
Pendaftaran                       :              Khew Hoong Juen
Sistem PA                           :              Lily Aw
Kemeja-T                            :              Tsen Shuk Kei
Jamuan Ringan VIP           :              Khoo Loi Mui
Makan/Minum Peserta   :              Rajunah Ag. Damit
Pentas & Backdrop           :              Lim Bee Un
Pledge signing                   :              Wong Pei Chu
Pertolongan Cemas/        :              Lee Yee Lin
Check Point
Trafik                                   :              Lily Aw
Senamrobik                        :              Sarifah Atiu
Penginapan                        :              Khew Hoong Juen
AJK Kecil                             :            Wan Oi Len, Chiang Kok Mei, Lu Kin Mee, Chia Vui Ngo,
Syn Wing Fun.


No comments:

Post a Comment