Wednesday, 16 July 2014

EKORAN KENAIKAN LESEN MEMANDU KEAS D RM2,000 RAMAI PENGUSAHA SEKOLAH KELAS MEMANDU GULUNG TIKAR RAMAI YANG BOIKOT

 Written by Admin

 OLEH: KAMARUL ZAMAN

SHAH ALAM:-  Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang, Afzanizam Hashim berkata kenaikan harga lesen memandu kelas B2 dan kelas D adalah sangat tidak masuk akal.
Afzanizam berkata, kenaikan harga lesen ini akan mendatangkan reaksi negatif dari pelbagai pihak khususnya golongan muda.
“SAMM Pulau Pinang menggesa pihak berwajib supaya membatalkan segera kenaikan ini”, tegasnya.
Beliau berkata, pihak kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional harus peka dengan permasalahan anak muda dalam keadaan ekonomi yang gawat dengan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini.
“Apakah tabung negara sudah kontang dikerjakan pihak tertentu hingga memaksa rakyat khususnya anak muda mengeluarkan lebihan wang untuk lesen memandu?, soalnya lagi.
Tambahnya, pemimpin negara dilihat bermewahan, malah anak menteri dilihat menaiki Lamborghini yang bernilai lebih RM 3 juta ringgit.
‘Ketika itu juga, anak muda lain dihukum dengan kenaikan kadar lesen baru yang amat membebankan”, katanya.

GULUNG TIKAR...Kenaikan Lesen Kelas  D ramai yang boikot para pengusaha Sekolah Kelas Memandu akan gulung tikar 

Ujarnya lagi, SAMM Pulau Pinang akan membantah kenaikan ini dan akan melancarkan kempen bantahan di peringkat Pulau Pinang dalam pelbagai reaksi.
  
Sementara rakyat di Sabah rata-rata tidak setuju dengan kenaikan mendadak lesen kelas D dari harga RM1,300.00 kini melonjak hingga ke RM2,000.00 dan ini akan membebankan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Ramai yang akan boikot dan akan mengadakan demontrasi secara aman untuk membantah kenaikan harga tersebut dan ramai para pengusaha Syarikat Sekolah Kelas Memandu akan gulung tikar jika ramai yang sabotage tidak mahu belajar.



No comments:

Post a Comment