Saturday, 19 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN TIGA PERTUBUHAN WANITA UMNO-MPWK DAN PEMADAM PIMPINAN NORAINI SULONG DAPAT SAMBUTAN

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BULAN Ramadan Al-Mubaraq yang disambut pada saban tahun ia bukan saja merupakan bulan yang penuh keberkatan  untuk masyarakat Islam   beribadah seperti berpuasa sebulan, berzakat dan berfitra bahkan bulan Ramadan yang mulia ini  bulan menahan hawa nafsu selain daripada menahan  kelaparan ia juga menahan dan melarang melakukan perkara-perkara yang mungkar yang boleh mengurangkan pahala dan boleh  membantalkan puasa.

Selain itu juga sempena bulan Ramadan ia merupakan  bulan perpaduan bulan rezeki apa tidaknya golongan miskin tegar, ibu-ibu tunggal (balu/Janda) orang-orang tua golongan OKU dan anak-nak yatim  terus mendapat perhatian daripada masyarakat khususnya para pemimpin politik tidak kira kerajaan mahupun  pembangkang termasuk badan-bada NGO   yang begitu bermurah hati menghulurkan pelbagai bantuan dan sumbangan sama ada bentuk pakaian,makanan dan juga wang raya untuk keperluan mereka menyambut hari lebaran.
 
Bulan perpaduan  yang diperkatkan ini antara salah satunya di mana  banyak pihak-pihak seperti Jawatankuasa  masjid, Jabatan-Jabatan  kerajaan orang perseorangan  termasuk badan-badan NGO menganjur





Dan tetamunya pula bukan saja  tertumpu kepada masyarakat Islam sahaja bahkan termasuk bukan yang bergama Islam khususnya  daripada  yang  dikatakan bulan perpaduan.

Malam tadi Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan ,bergabung dengan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) P186 dan Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan dibawah pucuk pimpinan Noraini Sulong telah mengadakan majlis Berbuka Puasa bersama RTM/Media dan masyarakat setempat yang diadakan dikediamannya  Taman Park Villa IJM Batu  Jalan Labuk dekat sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura Mohd Hj Utung@Abdul Hamid.

Dalam majlis tersebut Noraini Sulong telah memberikan sumbangan wang raya   kepada beberapa orang anak-anak yatim.

Noraini yang ditemuramah oleh media antara lain menjelaskan ini adalah kali pertama Wanita UMNO Bahagian  Sandakan dan Majlis Pembanunan Wanita dan keluarga mengadakan majlis seumpama ini

“Kita sebagai umat Islam banyakanlah melakukan ibadah di sepanjang bulan Ramadan ini agar kehidupan kita diberkati Allah selain kita mengerjakan ibadah puasa sebulan kita juga jangan lupa kepada masyarakat golongan miskin, OKU, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim bersedekahlah seberapa yang mampu agar mereka dapat  menyambut hari raya aidilfitri dengan suasana penuh kegembiaraan seperti insan-insan lainnya” ujar Noraini.

Dalam komen CDO Elopura Mohd Utung menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan dan Majlis Pembangunan Wanita dan keluarga P186 Sandakan dibawah pimpnan Noraini Sulong ia boleh dicontohi oleh mana-mana  Pergerakan Wanita UMNO yang ada di Sabah ini.





2 comments:


  1. PERINGATAN: Free Sandakan Today.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    ReplyDelete