Thursday, 17 July 2014

20 KANAK-KANAK YATIM MENERIMA SUMBANGAN WANG RAYA DARIPADA AADK DAN BIRO PEMADAN SANDAKAN

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Seramai 20 kanak-kanak yatim telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama beberapa orang bekas penagih dadah anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Bahagian Sandakan (AADK) dan Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan di perkarangan pejabatnya dekat sini petang tadi.

Pengerusi Penganjur bersama program tersebut yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan Noraini Sulong berkata kepada media tujuan majlis itu diadakan ialah untuk memberi sumbangan kepada anak-anak Yatim berupa wang  Raya untuk keperluan menyambut hari Lebaran yang semakin  hampir.

Dalam ucapan alu-aluan Noraini antara  lain berkata peranan Pemadam dengan AADK adalah sama fungsinya untuk membantu bagi membanteras orang ramai khususnya para belia yang terjebak dalam kanca penganbilan najis dadah
Diharap masyarakat sekeliling haruslah dapat  menerima bekas-bekas penagih dadah pulang  kepangkuan masyarakat dan keluarga masing-masing.

BEKAS PENAGIH DADAD.....Jangan pandang hina mereka berilah semangat yang tinggi agar boleh mengharungi liku-liku kehidupan baru seperti insan-insan yang lain.






“Untuk mereka  tidak kembali semula kejalan songsang  tersebut masyarakat kena memberikan sokongan semangat kepada mereka supaya mereka dapat mengharungi liku-liku kehidupan yang baru seperti insan-insan yang lain  dan jangan  terlalu memandang rendah terhadap diri mereka” ujarnya.


No comments:

Post a Comment