Friday 11 July 2014

VK LIEW DAN 12 AHLI LAIN PARTI LDP DIGANTUNG SELAMA 3 TAHUN KEAHLIANNYA

Written By Admin

OLEH CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Walaupun telah tewas dalam mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) pada pemilihan jawatan tersebut tetapi  masih tidak mahu menerima hakikat sebenar  atas kekalahannya terus mengaku dirinya adalah Presiden LDP yang sah.
Begitu juga macai-macainya (kuncu-kuncunya) telah terpisung oleh dakyah kotor Datuk V K Liew  yang dirinya adalah Presiden pernah di umumkan setahun yang lalu semasa dimajlis Rumah Terbuka Kong Hee Fatt Choi yang diadakan di Dewan SM Yu Yuan orang ramai dan ahli-ahli LDP agak keliru.
Disebabkan sudah sudah jalan lain macam mana mahu menyingkir V.K Liew dari LDP yang merupakan duri  dalam daging ini saja jalan terbaik bawa perkara ini ke meja Mesyuarat dan dalam pada itu Jawatankuasa Tatatertib Parti Liberal Demokratik (LDP) telah mengumumkan bahawa keahlian bekas presiden Liew Vui Keong dan 12 yang lain akan digantung selama tiga tahun.


Senator Chin Su Phin yang mengetuai Jawatankuasa Tatatertib berkata, anggota dalam jawatankuasa itu telah mencapai keputusan sebulat suara untuk menggantung keahlian 13 anggotanya selepas mesyuarat kedua dilakukan untuk membincangkan hal-hal beberapa individu termasuk Liew yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dan tingkah laku yang melanggar perlembagaan parti.
Ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib yang hadir pada mesyuarat itu termasuk John Su, Fong Keng Sin dan John Lee Tshun Vui, manakala ahli yang lain iaitu Lim Kong Yuk berada di luar bandar.
Chin, yang juga Timbalan Presiden LDP, berkata bahawa Liew dan ahli-ahli yang digantung dilarang daripada memberikan sebarang kenyataan akhbar juga mengadakan aktiviti rasmi bersama komuniti atas nama LDP sepanjang tempoh penggantungan tersebut.
Seramai 12 anggota lain yang digantung keahliannya adalah Loretto S. Padua , Kwan Wing Hung, Tiong King Kiong, Lee Hing Huat, Yap Ma Chun, Choong Kwek Leong, Lee Ching Seng, Michael David Tsen, Lee Chiew Fah, Chang Choi Sin, Jennifer Chan Yee Nan dan Lee Chun Boon.
Chin dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tatatertib telah menerima banyak aduan bertulis daripada ahli-ahli parti yang mengatakan bahawa individu-individu ini telah terlibat dalam tingkah laku dan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan nama parti.
Chin mengulangi bahawa sebanyak 460 daripada 700 jumlah perwakilan telah menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu (EGM) pada 6 Oktober tahun lalu, di mana mereka meluluskan satu resolusi untuk menggantung keahlian Liew dan Loretto sementara menunggu tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib.
Di bawah perlembagaan parti, Chin berkata anggota yang digantung, termasuk Liew, boleh merayu kepada Majlis Tertinggi jika mereka tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib.
Jawatankuasa Tatatertib telah mengeluarkan surat tunjuk sebab
Walaubagaimanapun, Chin memberi amaran bahawa ahli-ahli yang digantung keahliannya mungkin berdepan dengan penamatan keahlian parti sekiranya mereka enggan mematuhi keputusan Jawatankuasa Tatatertib dan terus melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh memudaratkan parti.
Chin berkata Jawatankuasa Tatatertib telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Liew dan 12 orang ahli yang lain pada 20 Jun tahun ini, bersama-sama dengan permintaan untuk penjelasan bertulis yang perlu dikemukakan dalam tempoh 14 hari akan datang.
Sementara ahli-ahli yang digantung keahliannya mereka mungkin berdepan dengan penamatan keahlian parti sekiranya mereka enggan mematuhi keputusan Jawatankuasa Tatatertib.
Menurut beberapa orang ahli LDP semasa Liew Vui Keong menjadi Presiden LDP sikapnya agak sombong memilih bulu hanya orang-orang yang ada kepentingannya diberi layanan yang selebihnya hanya menjadi muka tembok hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Jadi jangan hairan kenapa VK Liew tewas bukan saja pada PRU 13 lalu  kerana orang-orang UMNO dan Gerakan sendiri sabotaj agar dia kalah begitu juga kekalahannya menentang  Datuk Teo Chie Kang dalam perebutan jawatan Presiden kerana sikap angkuh dan sombongnya inilah balasannya  yang VK Liew terima kalau seorang pemimpin yang suka berlagak tetapi tidak kena pada tempatnya.” Kata AJK Bahagian LDP Sandakan yang tidak mahu disebut namanya

No comments:

Post a Comment