Thursday, 24 July 2014

LARIAN HAPUSKAN RASUAH ANJURAN GERAKAN SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN

Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN:- Program larian “Hapuskan Rasuah (Jangan beri Jangan Terima) anjuran Parti Gerakan mendapat sokongan yang menggalakan daripada masyarakat setempat disamping mendapat sokongan moral dan pujian daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk James Wong  sebagai 

“Rakan Sokongan” (Partner) terhadap usaha dan peranan yang dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut yang penuh bermakna ini.

Wong berpandapat program larian tersebut yang julung-julung kali diadakan yang bakal dilancarkan di Padang Bandaran Sandakan pada 10 Ogos ini  ia bukan sekadar untuk mengwujudkan keharmonian bahkan menjurus penyedaran kepada masyarakat tentang bahayanya amalan gejala Rasuah di kalangan masyarakat.

Wong  menerima kunjungan Lily Aw selaku Ketua Wanita Gerakan Negeri Sabah, Pengerusi Penganjur Lee Yee Ling dan para AJK di pejabatnya baru-baru ini  lantas MPS akan menghantar stafnya menyertai larian.

Dalam konteks ini Lee Yee Ling menyeru semua lapisan masyarakat datang beramai-ramai untuk menunjukkan komitmen menghapuskan rasuah yang merupakan antara musuh utama negara. Untuk makluman, para peserta yang berjaya menamatkan larian sejauh 3 KM tersebut akan menerima sijil penyertaan yang ditandatangani sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Selain itu, pelekat kereta Larian, minuman dan roti sumbangan Rakan Sokongan akan juga diberikan. Peserta diminta memakai kemeja-t putih pada hari tersebut. Larian tersebut akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Lee Yee Ling (H/P 012-8168704) dan Lo Mei Yong (H/P. 016-8264089).


No comments:

Post a Comment