Monday, 7 July 2014

SESUDAH MENGHINA ISLAM BERTUBI-TUBI DIVID OROK MENAFIKAN DIA TERANIAYA

Written by Admin
OLEH: ISKANDAR MOHD KUDUS

SELANGUR:-  Sesudah  menghina agama Islam berapi rapi   seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star), David Orok mendakwa  kononnya  terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka satu akaun baru di laman Facebook yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan merosakkan imej politiknya licik betul David Orok ini.
Menurut beliau, usaha mereka untuk melabelkan saya sebagai penghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW baru bermula.
“Saya memohon kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan supaya jangan terpedaya dengan akaun palsu ini.
“Ini adalah kerja musuh-musuh politik saya yang mempunyai tujuan untuk merosakkan kerjaya politik saya dan juga nama baik parti Star secara keseluruhannya,” katanya di laman Facebooknya.
Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling ada membuat kenyataan dengan mengatakan perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah agama lain hanya memusnahkan perpaduan dan keharmonian Negara. 
Beliau berkata demikian merujuk kepada David yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di laman Facebooknya. 
David juga sebelum ini telah memuat naik statusnya pada 5 Julai lalu, menyatakan tidak ada pihak yang membuat laporan polis apabila orang bukan Islam pula yang dihina.
Hari ini, beberapa NGO Sabah turut membuat laporan polis terhadap Orok antaranya, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns), Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela) dan Pergerakan Pemuda Umno Putatan.
Mereka meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.
David Orok juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu.

David hanya menununggu pihak polis  menangkapnya bila-bila masa sahaja dari sekarang kerana perbuatan Orok betul-betul telah menghiris dan melukai hati orang-orang Islam di kalangan bangsa Melayu, Cina,India, Kadazan,Dusun dan Murit yang beragama Islam hukuman harus dikenakan setimpal dengan perbuatannya

No comments:

Post a Comment