Wednesday, 9 July 2014

KENYATAAN DR ROSMADI NAWI ISU MURTAD TIDAK TEPAT DAN MENGELIRUKAN ...KATA AWANG GARIMAN

By Admin
Surat Terbuka Untuk Editor

Tuan Editor dapatlah kiraya menyiarkan suara hati saya  untuk menjelaskan beberapa perkara isu murtad di portal Online Free Sandakan Today.net


Saya Awang Gariman  secara jujur amat terkilan dan memohon penjelasan kpd semua yg terlibat memainkan isu ini, istila Murtad itu seharusnya kita tujuhkan kepada siapa...?. dalam fahaman saya org yg layak d sebut Murtad itu adalah orang yang tidak menyambah Tuhan atau orang yang tidak beragama...

Justeru itu saudara2 kita yang kembali kepada Agama asal mereka (Kristen) itu bukan org2 murtad kerana mereka itu ternyata beragama dan ber Tuhan juga. Kepada saydara kita Dr. Rosmadi Nawi yang mungkin baru pertama masuk ke Daerah Tongod @ N47 Kuamut, tolong belajar dulu budaya suku2 kami yang selama ini hidup aman dan makmur walau pun berbilang bangsa dan fahaman politik, Budaya dan Agama.

Jangan terlalu BIADAP memfitnah sesiapa pun termasuk lah YB Dt. Joseph Pairin Kitingan seperti yang di nyatakan dalam caretan nya (Dr. Rosmadi Nawi) bertarikh 7.7.2014

Saya dan rakyat N47 Kuamut mengingatkan kepada Dr. Rosmadi Nawi ini jangan coba mempengaruhi pemikiran rakyat Kuamut dengan Coretan Bosok dan Biadap kamu ini.....kepada hamba Tuhan yang bernama Ustaz Daim (anak Buah saya juga) bertaubat lah dan sedarlah jangan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memudaratkan masa dapan keluarga sendiri.
Murtad atau tidak seseorang itu adalah urusan Tuhan bukan urusan kita manusia yang belum tentu ahli syurga atau Neraka. seingat saya anak buah saya ini (Ustaz Daim) sewaktu kerajaan Berjaya Baliau masih kanak2 lagi.... dan sewaktu kerajaan PBS dia masih di bangku sekolah lagi, jadi jangan jadi seperti burung tiung apa saja di kata orang kita ikut saja. takut nanti ada orang yang mengambil tindakan undang2 seperti membuat laporan Polis kerana memfitnah seperti dalam kenyataan yang disampaikan oleh Dr. Rosmadi Nawi ini  sendiri yang akhirnya susah..... apa yang penting kekalkan persaudaraan kita dan kekalkan sifat persefahaman kita walau pun kita berlainan Agama tetapi kita semua rakyat d kinabatangan ini tetap bersaudara.......Semoga kita diberkati

Saya bagi pihak PBS Bahagian Kuamut N47 ingin mengambil kesempatan kepada ahli-ahli PBS yang bergama Islam termasuk keluarga saya  Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadan ini dengan sempurna


Yang benar
Awang Gariman

Ketua Bahagian PBS N47 Kuamut

1 comment:

  1. NOTA; UNTUK PARA PEMBACA SETIA PORTAL ONLINE FREE SANDAKAN TODAY.NET SURAT TERBUKA KEPADA EDITOR YANG DIKIRIM SAMPAI KEMEJA PIHAK EDITOR PIHAK TIDAK AKAN MENYUNTINGNYA DAN SEKIRANYA TERJADI APA-APA YANG BERLAKU SETELAH TERSIARNYA ARTIKEL TERSEBUT PIHAK FREE SANAKAN TODAY NET TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB HANYA BERITA-BERITA SAHAJA....EDITOR

    ReplyDelete