Friday, 11 July 2014

NAJIB TURUN PADANG LAWAT GELANDANGAN BOLEH KAH MASALAH ITU DAPAT DIATASI ....TANYA LIM LIP ENG

Written by Admin



OLEH: RAMASAMY KARUNAKARAN

PETALING JAYA:- Kemunculan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama rombongan melawat para gelandangan yang tidur di lorong-lorong kaki lima seharusnyab di hargai kerana ini merupakan sati ibadah di musim bulan Ramadah Al-Mubaraq yang penuh keberkatan, tetapi menjadi persoalan adakah lawatan PM itu hanya sekadar simpati atau sebaliknya adakah tindakan susulan terhadap  pengemis dan gelandangan itu akan ditempatkan disesuatu tempat ini yang menjadi tanda tanya 
Pihak Penguatkuasa Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) telahpun mengeluarkan lebih 50 saman kepada badan-banda NGO yang memberikan sumbangan berupa makanan dan lain-lain lagi keperluan kepada para gelandangan dimusim Bulan Ramadan ini, inipun menjadi satu kesalahan besar kepada kerajaan ramai NGO akan didakwa selepas hari raya nanti. 
Dalam pada itu  Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata kehadiran Perdana Menteri melawat gelandangan Kuala Lumpur tidak membawa faedah kepada gelandangan, malah membuktikan bahawa Perdana Menteri langsung tidak tahu apa yang patut dilakukan.
“Pertamanya saya ucap tahniah kepada Dato’ Sri Najib Razak yang telah menunjukkan keprihatinan beliau dengan melawat para gelandangan Kuala Lumpur malam semalam,” katanya.
Lawatan yang disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor pastinya sangat dihargai oleh warga miskin kota yang telah sekian lama mendiami kaki lima kotaraya dan mengharap ehsan daripada orang ramai.
“Lima tahun lalu, saya dan beberapa orang rakan telah mengedarkan sejumlah makanan kering kepada warga miskin kota dan gelandangan Kuala Lumpur bagi menyangkal dakwaan Najib bahawa kononnya ibu kota sudah tidak punya warga miskin tegar.
“Sejak dari itu pun Perdana Menteri dan Barisan Nasional tidak banyak membantu untuk meringankan beban yang ditanggung mereka yang tidak bernasib baik, selain membuat pengumuman dan berjanji itu dan ini,” tambahnya.
Soal beliau, adakah selepas lawatan ini Najib Razak akan merangka suatu penyelesaian yang baik bagi menangani masalah gelandangan dan warga miskin kota.
“Adakah cadangan ‘mengangkut’ para peminta sedekah serta mengenakan saman terhadap mereka yang memberi sedekah adalah rancangan terbaik yang mampu beliau fikirkan?.
“Saya hairan apabila melihat Perdana Menteri sekadar datang melawat para gelandangan di kaki lima dan kemudian membiarkan sahaja mereka di situ tanpa membuat apa-apa.
“Ternyata nasib warga miskin kota tidak pun berubah walaupun beliau sendiri melawat mereka. Bagaimana mungkin warga miskin boleh terus dibiar tidur di kaki lima selepas lawatan itu?,” soal beliau lagi.
Menurut Lim, ia jelas menunjukkan bahawa Najib Razak tidak pernah berbuat apa-apa sejak lima tahun lalu, dan beliau sendiri tidak tahu apa yang patut beliau lakukan sekarang.
“Lawatan Perdana Menteri semalam tidak memberi sebarang faedah selain satu usaha publisiti bagi menyelamatkan imej parti (BN) yang dirosakkan para menterinya. Lawatan tersebut sama tarafnya dengan gol tunggal Brazil setelah dimalukan dengan tujuh gol dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia menentang Jerman,” akhiri beliau.
Miskippun Perdana Menteri sendiri turun padang melawat gelandangan da golongan miskin tegar di ibu kota, adakah ini merupakan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah mereka hanya masih samar-samar


No comments:

Post a Comment