Friday 11 July 2014

UMIE AIDA TOLAK TAWARAN RM80 RIBU JADI MODEL YSLM

Written by Admin

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

PERAK:- Kecoh jadinya apabila seorang pelakon drama sensasi Umie Aida namanya dikaitkan  dengan  kegiatan YSLM.
Lantaran untuk membersihkan namanya  tercemar Umie Aida telah menarik diri daripada menjadi duta kepada syarikat jualan langsung YSLM apabila beliau bertindak untuk memulangkan wang sejumlah RM 80,000 yang diberikan.
Dalam berita terbaru itu, Umie Aida menjelaskan beliau tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat tersebut dan telah melarang mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya untuk sebarang tujuan.
Jika mana-mana pihak gagal untuk menepati permintaannya itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang.
Berikut adalah kenyataan daripada Umie Aida :
Pada Jumaat lepas, Saya menghadiri satu mesyuarat dengan sebuah syarikat bernama YSLM yang berhasrat mahu mengambil saya sebagai artis di bawah naungan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan untuk membantu anak-anak yatim dan golongan susah.

Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.
Mereka juga ada memberi saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai hadiah tetapi keesokan harinya saya mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut.
Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.
Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka.
Yang Benar
UMIE AIDA

Inilah antara kenyataan yang ditulis sendiri   oleh Umie  Aida  dan dia tidak lagi bersubahat dengan YSLM sekiranya terdapat ada pihak-pihak tertentu  untuk menggunakan gambar-gambar untuk sebarang tujuan lain   beliau tidak teragak-agak akan menyaman orang-orang yang berkenaan 

No comments:

Post a Comment