Monday 7 July 2014

RUKUN TETANGGA FLAT INDAH JAYA AKAN AGIH-AGIHKAN BUBUR LAMBUK DIBULAN RAMADAN......ROHANY

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sempena bulan Ramadan Al Mubaraq  Rukun Tetangga Flat Taman  Indah Jaya akan mengagih-agihkan Bubur Lambuk sebanyak 500 bungkus untuk para penghuni setempat Flat berkenaan dan juga orang ramai dipersekitaran.

Rohany M Jali (gambar) Jawatankuasa Rukun Tetangga Flat berkenaan memberitahu kepada  wartawan  kanan Free Sandakan Today ketika dihubungi petang tadi antara  lain menjelaskan tujuan KRT memberikan bubur lambuk tersebut adalah sebahagian aktiviti amal jariah RT Flat berkenaan  dimusim-musim bulan yang mulia ini dan ini juga merupakan satu ibadah agar mendapat keberkatan  daripada Allah  S.W.T.

“Tahun-tahun yang lalu kami memberikan bubur lambuk di masjid Indah Jaya dan tahun ini pula pertama kalinya diadakan di Flat blok 10 Indah Jaya pada 12 Julai ini jam 4.00 petang” kata Rohany.

Para penduduk Flat Indah Jaya dan penduduk-penduduk dipersekitaran kawasan flat berkenaan adalah dijumput datang beramai-ramai ke Blok 10 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan itu.



No comments:

Post a Comment