Monday 7 July 2014

PEMANDU DAN TIGA PENUMPANG TEKSI MAUT DI JALAN BATU 21 JALAN LABUK SANDAKAN

By Admin

REMUK....Akibat bertembung di Batu 21 Jalan Labuk








SANDAKAN: Seorang pemandu teksi dan tiga penumpangnya maut selepas kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Batu 21 Jalan Labuk, kemarin 

Pemandu teksi dikenali sebagai Salah Bin Ibno, 64, manakala tiga penumpang ialah Kee Kwok Edein, 63, Jaafar Kasim, 40, dan Pedro Jr Pajimola, 36 cedera parah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata tiga lelaki tempatan itu maut di tempat kejadian, manakala lelaki warga Filipina, Pajimola, meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan pada jam 8.30 malam tadi.

Katanya, insiden berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila sebuah kenderaan jenis Jeep dari arah Bandar Sandakan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan teksi dinaiki empat mangsa yang maut.

Siasatan di tempat kejadian mendapati ia adalah jalan lurus mempunyai garisan berkembar dan mendaki bukit jika dari arah Bandar Sandakan, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu Jeep seorang lelaki berusia 24 tahun dan dua penumpang wanita berusia 25 dan 32 tahun turut mengalami cedera parah dalam kejadian itu.

Katanya keadaan tiga mangsa yang cedera parah itu dilaporkan stabil.  BERNAMA


No comments:

Post a Comment