Monday 23 June 2014

AHLI PARLIMEN RESAH TEO KOK SEONG DAN KETUA PEMUDA DAP DIBELASAH TERUK

 402 13 0 434
 402 13 0 434
Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong ditumbuk oleh seorang lelaki dalam satu kejadian pagi kelmarin.
 By Admin
polis tahan lelaki tumbuk Teo





 NEGERI SEMBILAN (BAHAU) Gara-gara enggan menunaikan permintaan seorang  untuk membuat banner (kain rentang) untuk mencerca Perdana Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Resah Teo Kok Seong semasa mereka  sedang bersarapan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau Chew Seh Yog (DAP)  disebuah kedai makan di Taman Meranti kira-kira jam 10 pagi tiba-tiba seorang lelaki berusia antara  50 an menghampiri mereka kemudian menumbuk dada kiri sebanyak dua kali.
“Selepas itu dia cuba baling kerusi ke arah saya, tetapi sempat dihalang.
“Anggota polis yang tiba dalam masa kurang sepuluh minit, berjaya mengawal keadaan dan menahan lelaki itu.
“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jempol.
“Tidak ada patah tulang tetapi sehingga ke hari ini dada saya masih sakit, terutama apabila menarik nafas,” kata Teo.
Teo mengulas bahawa beliau tidak bercadang mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana mengganggap ia sebagai cabaran yang harus dilalui olehnya sebagai wakil rakyat.
“Saya mengenali lelaki ini sejak tiga tahun lalu semasa saya menjadi ADUN Bahau.
“Dia pernah datang ke Pusat Khidmat DUN Bahau ketika itu.
“Saya tidak pasti sama ada lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tetapi dia pernah meminta saya membuat satu kain rentang (banner), untuk menyatakan rasa tidak puas hati dia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya tolak permintaan beliau kerana permintaan beliau tidak sesuai dan tidak masuk akal.
“Sejak itu, jika dia terjumpa saya dimana-mana, dia akan memarahi saya walaupun di hadapan khalayak ramai,” ujar Teo.
Teo berkata selepas kejadian ini, beliau akan mengambil langkah lebih berhati-hati terutama jika ada orang ingin menghampiri beliau.
Bukan  ahli-ahli pembangkang itu jahat-jahat semuanya mereka juga berfikiran sama seperti ADUN-ADUN BN bila seseorang meminta yang bukan-bukan bertentangan dengan undang-undang mereka tolak adalah wajar.


No comments:

Post a Comment