Sunday 2 February 2014

PARTI LDP DUA PRESIDEN TEO KAH ATAU VK LIEW BIKIN KELIRU AHLI-AHLI KOMPONEN BN



Written by Admin
Sunday 02-February 2014


  
OLEH: AZMI AZMAN &
CHANG TEN LOY


SANDAKAN:-  Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2014 anjuran Parti Liberal Demokratik II (LDP) di Dewan SM Yu Yuan pagi tadi  disambut dengan suasana meria.

Pelbagai masyarakat  berbilang  kaum disekitar Sandakan jauh dan dekat turut menghadiri  majlis tersebut yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.00 petang.

Para hadirin agak terkejut bila mana pengacara (MC) David Fong mengumumkan bahawa Presiden LDP masih di sandang   oleh  Datuk Liew Vui Keong  dan Setiausaha Agung Jennifer  Yen orang tertanya-tanya yang mana satu betul presiden LDP Teo Chi Kang kah atau VK Liew
 
Krew dan wartawan Portal Free Sandakan Today.com yang berada di majlis itu sejak jam 9.50 pagi hingga jam 12.00 tengahari agak kecewa sedikit kerana orang-orang VK Liew tidak begitu memberi layanan yang baik berbanding dengan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina hari pertama anjuran LDP I yang diketuai oleh Datuk Teo Chi Kang, Datuk Lim Ming Hoo  dan Datuk Chin Su Phin.

Free Sandakan Today bukan hendak memihak mana-mana group LDP Teo kah atau LDP VK Liew kita datang hendak buat liputan media mengenai majlis tersebut  tetapi pihak penganjur  tidak  memberi layanan yang  begitu baik” kata Pengarang Kanan Free Sandakan Today  Saimon S Jumadi.

Beberapa orang penyokong daripada Barisan Nasional (BN) yang datang ke majlis tersebut turut berkata “kita tunggu kalau ada ADUN-ADUN daripada parti-parti komponen BN hadir di majlis ini namun tidak dinafikan  ada juga pemimpim daripada parti komponan yang hadir antara ialah Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon dan rombongnya

Walau bagaimanapun Free Sandakan Today yang sering mengikuti perkembangan perjalanan LDP  telah dibari tahu bahawa pihak ROS sudahpun memberikan surat  rasmi sebagai  pengikhtirafan  kepada  Datuk Tea Chi Kang  sebagai penyandang  Presiden LDP yang sebenarnya  sah di sesi undang-undang pertubuhan.

Orang ramai khususnya para penyokong parti-parti komponen  yang tidak tahu perjalanan parti LDP memang agak keliru kerana dalam satu parti mempunyai dua  Presiden bagi mereka yang tahu cerita sebenarnya tentang LDP Teo adalah presiden LDP yang sebenarnya telah diputukan oleh ROS.
  
Sementara VK Liew yang tidak puas hati dengan keputusan ROS akan membawa perkara ini ke pihak pengadilan khususnya Mahkamah kita tunggu dan lihat  apa keputusannya nanti.

No comments:

Post a Comment