Tuesday 11 February 2014

KERAJAAN PERSEKUTUAN JANGAN ABAIKAN PEMBANGUNAN DI SABAH PERLU DITINGKATKAN



Written by Admin
Tuesday February 11, 2014
  
DARI SUDUT PANDANGAN KABUR-KABUR
PENGARANG KANAN FST
GEORGE SAIMON S JUMADI
 




BILA kita membicarakan tentang pembangunan di negeri  Sabah memang jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung dari segi aspek prasarana ataupun perdana pembungunan di Sabah memang tak kurangnya hebatnya saya tak nafikan.



Tetapi dari segi aspek kemudahan lain seperti jalan-jalan raya sebagai laluan perhunbungan utama  memang ketera sekali masih perlu  dibangunkan perlu ditingkatkan demi keselesaan pengguna kerana banyak jalan-jalan utama masih belum bertar  dan berturap lagi.



Di negeri Sabah kalau tidak silap ada tiga Syarikat iaitu syarikat konsisi yang dilantik kerajaan Negeri untuk bertanggungjawab membina jalan dan kerja-kerja menyenggelaraan jalan kawasan luar Bandar, kawasan Taman-Taman Perumahan dan jalan-jalan utama.



Antaranya ialah Kekal Mewah dipertanggungjawabkan untuk membina  mahupun menyenggelaraan, Globinaco dipertanggungjawabkan menjaga jalan-jalan kawasan perumahan dan Gema Light pula dipertanggungjawabkan memantau  kerosakan jalan-jalan utama.



Sekarang di Sabah  yang menjadi isu pertama ialah Jalan Raya  kerana Jalan Raya adalah laluan utama  sebagai alternatif  untuk sampai kesesuatu destinasi jadi dalam hal ini kerajaan harus menumpukan  perhatian sepenuhnya  khususnya untuk membangunkan dalam aspek jalan raya perlu dipertingkatkan.


Dengan adanya jalan raya yang baik dan  setanding negeri-negeri di Semenanjung maka para pengusaha yang membabitkan petani, peladang dan perternak  dapat membawa hasil masul mereka untuk di pasarkan ini menambah dan menjana ekonomi pendapatan masyarakat setempat.



Menteri-Menteri di kerajaan persekutuan intai-intailah  di Sabah jangan cakap saja diberi perhatian seksama konon dengan negeri-negeri di Semenanjung cakap mesti serupa bikin jangan cakap indah khabar dari rupa tunaikan janji tepati Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan selaraskan dengan transformasi yang kerap dilaung-laungkan.
















No comments:

Post a Comment