Monday 17 February 2014

WANITA UMNO BATU SAPI DAN WANITA UMNO SANDAKAN DESAK POLIS AMBIL TINDAKAN SEGERA TERESA KOK



Written by Admin
Monday February 17, 2014
  
OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan  dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi yang diketuai  Noraini Sulong dan Rahimah Asrah masing-masing membuat laporan  Polis di Balai Polis Bandar dekat sini  pagi kelmarin.
Laporan dibuat di balai  polis tersebut  Rujuk Polis Report: 002364/14  mengenai tindakan Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok yang didakwa menghina Perdana  Menteri seperti yang terdapat di dalam videoyna yang  bertajuk ‘ONEDERFULL MALAYSIA”

Kandungan laporan sepenuhnya seperti berikut:-

1 Wanita UMNO menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok Suh Sim berhubung penerbitan Video Onederfull Malaysia kerana mempunyai unsur fitnah dan penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia.

2 Siasatan segera itu perlu dijalankan kerana kandungan video itu didapati mempunyai unsur hasutan untuk menimbulkan  rasa kebencian r4akyat kepada pemimpin kerajaan Malaysia serta memperlekehkan keselamatan negara.

3 Penerbitan video itu menimbulkan rasa tidak senang  di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini walaupun Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok Suh Sim menyatakan  video berkenan hanya video Tahun Baru Cina.

4 Oleh itu Wanita UMNO berharap perkara ini disegerakan supaya ianya dapat membendung tiadanya pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara serupa yang boleh mengeruhkan keharmonian kehidupan dan kesejahteraan masyarakat majmuk di negara ini.

Inilah antara  isi kandungan yang terdapat pada laporan polis tersebut dalam erti kata lain kedua Pergerakan Wanita UMNO Sandakan dan Batu Sapi mahu polis mengambil tindakan drastic kepada Teresa Kok.

Kelmarin mereka berhimpun  yang menggabungkan Wanita UMNO Sandakan dan Wanita UMNO  Batu Sapi  dan membabitkan  lebih 50 orang   secara aman dihadap balai polis berkenaan sambil membawa kain rentang.

No comments:

Post a Comment