Monday 24 February 2014

RAKYAT TOLAK PERKASA KEMBANG SAYAPNYA KE LIBARAN


Written by Admin
Monday February 24,2014

OLEH: AZMI AZMAN
  
LIBARAN:- Kemasukan PERKASA ke kawasan Libaran sedikitpun tidak menggembirakan kepada penduduk kawasan itu namun sebaliknya  mengundang kekecewaan dan kemarahan  kerana PERKASA tidak lagi relevan di kalangan orang-orang Melayu seperti 15  tahun dahulu.

PERKASA memang tidak sesuai di Sabah termasuk di kawasan Libaran sebab badan NGO ini di bawah pucuk pimpinan Datuk Ibrarim Ali di Semenanjung  sebagai Presiden  dan sementara di Sabah Bonny P Narceso  Juanico @ Mohd Yusof Abdullah  sebagai Yang DiPertua (YDP) PERKASA mentah-mentah ditolak oleh rakyat negeri ini.

Kita tidak tahu apa tujuan dan motif sebenar Sahar Saka membawa NGO yang lugai-lugai ini yang dibenci sama ada para penyokong UMNO mahupun para penyokong pembangkang seperti PAS, DAP dan PKR kerana NGO seperti PERKASA  ini kerjanya tiada lain menghasut menghuru harakan kedaulatan negara dan suka memecahbelahkan perpaduan kaum.

Seorang penduduk kawasan Libaran yang hanya di kenali sebagai Herman memberitahu kepada media  mereka terpedaya oleh pujuk rayu Sahar Saka yang bertindak sebagai Ketua Penerangan PERKASA Negeri dan sekaligus  melantik dirinya sendiri sebagai Yang Dipetua PERKASA kawasan Parlimen Libaran.

Kata Herman PERKASA jangan bermimpi kalau boleh bertapak  lebih lama di kawasan Libaran kalaulah ahli-ahlinya sekarang adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO atau ahli-ahli daripada pembangkang kita bagi jaminan paling lama bertahan selama 4 bulan atau enam bulan.

“Sentimen PERKASA terlalu extrim keagamaan dan keitnikan badan NGO seperti PERKASA yang suka memaki hamun bangsa-bangsa lain suka menghina penganut-penganut agama Kristian contohnya membakar bible menyuruh ahli-ahlinya membakar gereja bukan kah ini kerja gila namanya yang boleh mencetuskan huru hara dalam negara” kata Herman lagi.
  
Sahar Saka sudah hilang taring dan hilang arah sebab setelah permohonannya untuk rujuk kembali ke UMNO langsung tidak diterima oleh pucuk pimpinan UMNO gara-gara bertanding calon bebas pada PRU 13 lalu dan kemudian menyertai PKR tidak sampai tiga bulan keluar lagi ini jelas bahawa Sahar Saka seorang yang tidak mempunyai pendirian teguh sekarang dia membawa PERKASA masuk ke kawasan Libaran tambah lagi para pemimpin UMNO murkah sebab salah jalan kerana membawa masuk NGO songsang mana ada respon hanya dapat celahan dan tomohan saja” tegas Herman.

Dengar khabarnya Ibrahim Ali hendak datang ke Sandakan pada bulan Mac ini untuk merasmikan PERKASA Liabaran ini kita akan halang dan berhimpunan secara aman dengan membawa sepanduk atau kain memidang membantah kemasukannya ke kawasan Libaran.

Orang ini seperti Ibrahim Ali lebih berbahaya daripada kominis sebab tiada lain diotaknya suka menghasut kalau kita jadi ahli PERKASA apa kita dapat faedahnya konon PERKASA membela kaum Melayu tahi kucinglah tidak cukup kah UMNO yang berperanan membela nasib UMNO di negara ini.

Mereka gunakan nama PERKASA untuk kepentingan diri sendiri minta derma sana sini dan jadi pengemis kepada UMNO dan kerajaan BN” kata Herman lagi.


No comments:

Post a Comment