Monday 17 February 2014

EKORAN MPS GAGAL MEMBERSIHKAN PARIT DAN LONGKANG 90 PERATUS PENDUDUK TERBABIT BAKAL JADI ARWAH (MERIHANG) KENA WABAK DEMAM DENGGI BERDARAH



Written by Admin
Monday 17 February 2014
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

ELOPURA:- Disebabkan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  bagi  menangani kebersihan alam sekitar terutama sekali  di beberapa kawasan perumahan  seperti timbunan sampah tidak diangkut kebocoran saluran pembentungan najis tidak dibaiki dan kesumbatan saliran longkang atau parit air bertakong dibiarkan begitu saja ini akan membawa kemudaratan kepada para penduduk setempat.



Beberapa  masalah  yang di biarkan begitu  saja tanpa diambil peduli ramai penduduk kawasan perumahan seperti yang berlaku sekarang di Sri Taman Flat blok 11, Beatrice Apartment dan Taman Mesra 80 peratus akan menjadi korban nyawa atau bahasa kasarnya mampus oleh kena jangkitan wabak kolera (taun) dan demam denggie berdarah kerana lair bertakong adalah tempat pembiakan nyamuk bersarang  secara besaran-besaran.



Mungkin tunggu ramai penduduk-penduduk terbabit mampus atau merihang barulah  pihak kerajaan khususnya MPS mengambil langkah-langkah dan tindakan  drastic untuk apa kalau semua orang sudah jadi korban atau arwah.

 

Cerita ini bukan direka-reka namun sebaliknya reality di mana dua orang Pegawai Khas daripada Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) iaitu Amsi Liew dan Dayang Zubaidah Datu Tahil yang dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berkenaan bergegas pergi  kebeberapa tempat antaranya Taman Mesra, Beatrice Apartment dan Sri Taman Flat Blok 11 jelas terdapat kotoran, parit tersumbat, pembentungan najis bocor tahi berkeluaran dari cela-cela lubang tidak diselanggarakan  dan main biar begitu saja sehingga menimbulkah kemurkahan bukan alang kepalang kepada penduduk setempat.



“Mungkin ini juga adalah dasar kerajaan baru yang diwarisi oleh Barisan Nasional (BN) tunggu ramai yang mampus jadi korban nyawa akibat dijangkiti demam denggi berdarah dan kolera baru para pegawai kerajaan yang diamanahkan makan gaji buta barulah  bertindak” Kata  Dayang kepada Wartawan  Panas dan Sensasi Free Sandakan Today.com yang turut merakamkan gambar ditempat kejadian.



“Kita hairan walaupun pegawai dan kakitangan kerap dimaki hamun di sumpah-sumpah  oleh 70 peratus penduduk Sandakan mereka macam tuli dan lali  dan ekoran mereka yang langsung tidak bertanggung jawab nanti kalau pihak pembangkang cakap di media-media hentam kerajaan mereka mendakwa itu cuma andaian dan gimik politik tetapi yang berlaku di Taman Mesra, Beatrice Apartment dan Sri Taman Flat blok 11  hari ini gimiklah bohonglah” tegas Dayang.



Kata Dayang lagi jangan harap kalau calon-calon BN boleh rampas semula kerusi Parlimen Sandakan sekarang rakyatpun sudah marah sama BN  apa lagi kalau cina di Sandakan 90 peratus sudah menolak kerajaan BN termasuk lain-lain bumiputera.

  
“Silap langkah kawasan DUN Elopura dan Tanjung Papat pada PRU 14 ini akan jatuh ketangan pembangkang kalau bukan PKR, DAP dan PAS, sebab sekarang ini cina di negara ini termasuk Sabah dan  Sandakan 80 peratus masyarakat cina sudah menerima PAS begitu juga di negara ini termasuk Sabah dan Sandakan 70 peratus masyarakat bumiputera sudah menerima parti DAP contohnya di kawasan Tanjung Papat di Sim-Sim sudah mempunyai tiga cawangan DAP yang dipimpin oleh saki baki ahli-ahli BN dan di kawasan Elopura mempunyai 2 cawangan” tegas Dayang.



Walau bagaimanapun Amsi Liew yang mewakili Ahli Parlimen Sandakan merayu dan mohon kerjasama pihak Pejabat Unit Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Elopura agar dapat mengarahkan kepada pihak  MPS untuk memantau bukan saja di tiga kawasan yang disebutkan itu tetapi di kawasan-kawasan lainnya   juga perlu diambil perhatian tentang penjagaan tahap kebersihan demi menjamin keselesaan dan kesejahteraan suasana kehidupan rakyat yang lebih baik.






















No comments:

Post a Comment