Friday 14 February 2014

APA SANDIWARA SEBENAR PERKASA LANTIK BONNYE YDP PERKASA SARAWAK? JEFFRY ROSMAN



Written by Admin
Jumaat Februari 14, 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI


TAWAU:- Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman (gambar) menyifatkan tindakan Presiden PERKASA melantik Bonney Narcesso P Juanico sebagai YDP PERKASA  Sarawak merupakan satu niat yang tidak baik.

Kenapa sampai orang Sabah dilantik  sebagai YDP  PERKASA Sarawak tidak ada kah orang-orang Sarawak yang layak untuk menjawat jawatan YDP PERKASA di negeri itu  sehingga Bonney dilantik sebagai YDP PERKASA apa niat sebenarnya Ibrahim Ali.

“Kita telah sedia maklumkan sedangkan  UMNO tidak diterima masuk ke Sarawak apa lagi PERKASA apa dah jadi pemimpin nyamok ini sudah buta  kah melantik orang sembarangan tanpa usul periksa latar belakang seseorang itu.” tegas Jeffry.

Beliau membuat kenyataan ini sebagai merujuk dan mengulas sebuah berita yang bertajuk “IBRAHIM ALI LANTIK BONNEY YDP PERKASA SARAWAK SATU NPENGHINAAN RAKYAT SARAWAK”  yang tersiar di Free Sandakan Today hari ini (14-02-2014).

Tindakan Ibrahim Ali melantik Bonney sebagai YDP PERKASA Sarawak ini jelas satu penghinaan kepada warga Sarawak kenapa jauh sangat kalau hendak melantik sebagai Yang Dipertua PERKASA.

“Kemarahan orang Sabah terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali masih lagi membara dihati sanubari mereka kerana bertindak ganas membakar bible dan patung paderi gereja, kita ini tinggal dalam satu negara yang berbilang kaum dan kepercayaan anutan agama berlainan di samping kongsi kuasa dalam era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) kita tidak boleh terlalu extrim atau penatik seharusnya bersikap toleransi antara satu sama lain” ujarnya

Sepekara lagi yang ingin ingatkan tambah Jeffry semua NGO di Semenanjung yang menggunakan Majlis Jemaah NOG Islam Malaysia yang diketuai oleh Mustafah Hamzah daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  kalaupun mahu menampar Teresa Kok Ahli Parlimen Seputih  kenapa harus menggunakan nama NGO Islam untuk bebuat ala jenayah itu.

“Kalaupun memang benar Teresa Kok menghina pemimpin nombor 1 negara melalui video clipnya biarlah undang-undang yang menentukan bukan kah di negara ini punya undang-undang untuk mendakwa sesiapa saja yang bersalah kenapa pula sampai mahu menempeling (menampar) perbuatan NGO Islam ini jelas menggambarkan satu perbuatan yang boleh menghina kesucian Agama Islam sendiri kerana  seolah-olah penganut Islam itu diajar supaya ganas seperti pengikut PERKASA” tegasnya.

“Apapun saya sebagai anak jati Sabah bukan juga memuji tetapi realitinya NGO di Sabah masih waras dalam membuat sebarang keputusan dan tidak mahu terikut-ikut budaya samseng NGO Islam di Semenanjung yang jelas dan terbukti suka buat huru hara dalam negara

Contohilah NGO Sabah dan rakyat Sabah walaupun mempunyai 34 itnik tetapi masih boleh bersatu boleh makan dan minum duduk semeja bersama  inlah contoh terbaik orang-orang Sabah sebagai idola orang-orang di Semenanjung” Jelas Jeffry lagi.

No comments:

Post a Comment