Tuesday, 4 February 2014

ROS SUDAH BERIKAN HITAM PUTIH TEO CHI KANG SAH PRSIDEN LDP



Written by Admin
Tuesday 4 February 2014

DARI  KACA MATA KABUR-KABUR (FST)
 SAIMON S JUMADI-BSK
 




KEWUDAN dua orang     yang bergelar sebagai  Presiden dalam satu parti iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP) mereka yang telah mengetahui cerita yang sebenarnya tidak keliru atau tertanya-tanya siapa kah presiden diantara mereka berdua  Datuk Teo Chi Kang kah atau Datuk Liew Vui Keong

Tetapi bagi orang ramai khususnya para penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kabur-kabur mata mereka sudah tentunya tertanya-tanya dan ingin tahu hal kisah sebenarnya cerita tentang parti LDP yang kini telah dilanda Tsunami politik dalaman yang tiada kesudahan telah mengelirukan.

Sebagai Pengarang Kanan (Senior Editor) kepada Portal Online Free Sandakan Today.com  yang tidak memihak mana-mana group antara Teo dan  VK Liew terus terang saya nyatakan saya tidak rasa bosan atau kejemuan mengikuti tentang perkembangan dan perjalanan LDP dari masa kesemasa.
  
Di dalam dua kumpulan ini saya mempunyai ramai kawan  sama ada di sebelah pengikut Teo mahupun  begitu juga kumpulan sebelah pengikut VK Liew  dengan mempunyai kawan di kedua-dua belah pihak saya begitu gampang mendapatkan sumber-sumber sama ada rasmi ataupun kabur-kabur yang boleh  dijadikan fakta untuk membuat cerita atau spekulasi dalam konteks perkembangan LDP.
  
Terus terang saya nyatakan beberapa minggu yang lalu pihak Free Sandakan Today.com telah menerima maklumat rasmi bukan main  tapuk-tapuk (bersembunyi)   ini maklumat yang boleh diguna pakai dan dipercayai daripada ahli-ahli LDP dan kes ini juga bukan lagi menjadi satu rahsia kerana sudah tersebar luas di media-media elektronik, media cetak dan media alam maya yang menyatakan Datuk Teo Chi Kang telah menerima surat rasmi daripada pihak Pertubuhan Pendaftaran ( Registrar of Society –ROS) dalam kandungan surat yang dimaksudkan itu telah menyatakan bahawa Teo Chi Kang adalah Presiden LDP yang sah.

Dalam erti kata lain kalau pihak ROS sudah mengeluarkan surat rasmi dan mengesahkan kedudukan Teo sebagai Presiden LDP apa  lagi yang dimahukan kena terimalah hakitatnya ini keputusan pihak kerajaan ROS itu siapa.

Dengar khabarnya VK Liew tidak rasa puas hati walaupun pihak ROS telah mengeluarkan surat rasmi kepada Teo dan LDP yang memperkatakan Teo adalah Presiden LDP yang sebenarnya dan VK Liew akan menyaman ROS ini secara tidak langsung Liew menentang kerajaan wow hebatnya kau VK  Liew.

Sebagai bukti pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran LDP II yang diketuai VK Liew dan kuncu-kuncunnya 70 peratus ahli-ahli LDP termasuk para tetamu khususnya  para penyokong parti-parti komponen BN sama ada daripada PBS, UPK0, MIC, MCA GERAKAN, UMNO DAN PBRS ternanti-nanti ketibaan dua orang tetamu kehormat iaitu TYT Tun Haji Juhar Hj Amirudin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman  pada majlis itu.
  
Ini sebagai  satu tanda kalau TYT Tun Hj Juhar dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa hadir ini nyata bahawa VK Liew masih lagi Presiden LDP yang sah tetapi tunggu punya tunggu kedua-dua tetamu kehormat tersebut bukan lagi tidak muncul batang hidup merekapun tidak kelihatan.

Justeru Teo Chi kang adalah presiden LDP yang sah dan VK Liew terpaksa  logai-logai bagi pendapat Free Sandakan Today (FST) VK Liew kena tabah menghadapi fenomena ini demi kebaikan dan keharmonian dalam LDP haruslah bersatu semula supaya LDP tidak berlakunya berpecah belah jangan main-main kalau ahli-ahli LDP sudah pusing kepala asyik memikirkan sengketa antara Teo dan Liew sudah pastinya mereka merajuk masuk menyertai DAP baru kamu putih mata  dan perkara ini  nothing impossible  (Barang in adalah tidak mustahil)

Lagipun mana ada satu  kapal dua Kapten (Juragan) dan pegang dua kemudi nanti Liew belok ke Tanjung Labian yang si Teo pula belok kemudinya ke Pulau Tanduo  yang keliru nanti anak-anak kapalnya (kelasi)  mana satu destinasi yang harus  dituju yang untungnya ikan jerung   bila mana  nakhoda yang mereka naiki pecah dan tenggelam .




No comments:

Post a Comment