Monday 10 February 2014

NORAINI SULONG DIBERI PENGHORMATAN MENEPUNG TAWAR MAJLIS GUNTING RAMBUT ANJURAN RT SIM-SIM



Written by Admin
Monday February 10, 2014

OLEH: GEORGE SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

TANJUNG PAPAT:- Memang sudah menjadi adat resam dan budaya masyarakat Islam gunting rambut (gunting jambul) merupakan satu sunnah Nabi yang telah diamalkan dan  diturunkan sejak zaman-berzaman  sehinggalah  ke hari ini.

Majlis Gunting Rambut beramai-ramai anjuran Rukun Tetangga Kampung Sim-Sim dekat sini   telah diadakan dikediaman Siti Awang Pulau jambatan lorong gunting 17 pagi kelmarin.

Menurut pihak penganjur majlis bergunting jambul (rambut) secara beramai-ramai ini ia  membantu kepada para penduduk yang kurang berkemampuan di samping itu  untuk mengeratkan lagi siratulrahm di kalangan penduduk setempat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang semakin meningkat dan popular namanya  di daerah Sandakan Noraini Sulong telah diberikan penghormatan khusus untuk melancarkan dan menepung tawar majlis bergunting rambut tersebut

Dalam ucapan ringkasnya Noraini memuji pihak peranan Jawatankuasa Rukun Tetangga yang dipimpin oleh Siti Awang Pulau kerana berjaya menganjurkan program tersebut yang menjurus membawa menfaat kepada penduduk  Kampung Sim-Sim.

Katanya tindakan dan usaha murni pihak Rukun Tetangga itu boleh dijadikan contoh dan ikut-ikutan Rukun Tetengga yang lain.

No comments:

Post a Comment