Sunday, 3 November 2013

SATUKAN SEMULA KERJASAMA INTIM DEMI MEWUJUDKAN SIRATULRAHIM UMNO.....AMPONG


Ahad November 03-2013

 Written by Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj KK Hj Puyun menjelaskan  bahawa semasa pemilihan Ketua Bahagian yang dijalankan pada 19 Oktober lalu di Ballroom Sabah Hotel dekat sini tiada berlakunya unsur unsur penipuan ia dilaksanakan mengikut system dan peraturan yang telah ditetapkan Pengerusi Tetap Persidangan UMNO Sandakan.
Beliau kesal ada pihak-pihak tertentu yang rasa tidak puas hati  terhadap  perjalanan Mesyuarat tersebut walaupun dijalankan mengikut urutan agenda yang ditetapkan  namum masih yang membuat tuduhan liar mendakwa bahawa Mesyuarat tersebut sebagai tidak sah.
Tan Sri Ampong bercakap kepada Wartawan Kanan (Sub-Editor) Free Sandakan Today di Restoran  Old Town Bandar Indah Jaya  pagi tadi ketika diminta pandangannya mengenai beberapa perwakilan dan calon-calon yang tewas rasa tidak puas hati sehingga mengadakan demonstrasi dihadapan kediaman calon no 02 Ketua Bahagian baru-baru ini.
“Sekiranya mereka yang tidak puas hati terhadap  Mesyuarat tersebut sebagai tidak sah dan andai kata mereka mahu mengadakan semula Mesyuarat tersebut saya tiada halangan kalau niat mereka mahu berbuat demikian” jelasnya”
Sambil itu Ampong menyeru kepada ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian yang terpilih semula termasuk yang dilantik agar dapat  bekerjasama dengan pihak UMNO Bahagian demi mewujudkan semangat perpaduan yang lebih utuh untuk memperkuatkan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa ingin menggugat kestabilan politik tanah air.
 "Saya beterus terang   sedikitpun saya tidak berkecil hati terhadap mana-mana perwakilan yang tidak mengundi saya semasa pemilihan tersebut ini adalah hak asasi mereka siapa yang mereka mahu pilih kalau mereka fikirkan seseorang itu layak jadi Ketua Bahagian untuk menerajui kepimpinan UMNO Sandakan”
“Apa yang saya mahu marilah bersatu semula buang yang keruh ambil yang jernih lagipun kita sama-sama ahli UMNO tiada gunanya kita terus-terusan memendam rasa yang berlalu biarlah berlalu  kita kukuhkan semula benteng pertahankan mahupun kubuh UMNO Sandakan demi menjamin kekuatan parti selaras dengan transformasi UMNO” nasihat Ampong.







No comments:

Post a Comment