Written by Admin
Wednesday January 5,
2014
OLEH: CHANG TEN LOY
&
GEORGE SAIMON S
JUMADI
PARIT TERSUMBAT....Nizam menunjukkan parit tersumbat kalau hujan mudah dilanda banjir kilat
BATU SAPI:- Penduduk Perumahan Taman Poh Hing di Jalan
Batu Sapi terus berhadapan dengan masalah kesihatan dan keselesaan hidup
seharian apabila mereka setiap hari menelan dan mehirup debu jalan.
Menyifatkan “Masalah Tiga dalam Satu” ( 3in 1)
wakil penduduk perumahan itu, Yulizam Yusof berkata selepas isu jalan rosak
yang menjadi isu panas baru-baru ini di situ.
Katanya selepas
masalah jalan tersebut diambil perhatian oleh kerajaan,hari ini penduduk
Taman Poh Hing berhadapan dengan masalah debu yang melampau hingga memudaratkan
kesihatan penduduk.
“ Jalan yang di selenggarakan kontraktor telah
menyebabkan wujud fenomena debu yang
mencemar kawasan perumahan kami,setiap hari penghuni di sini terpaksa
berhadapan dengan debu-debu berterbangan
yang mencemar hingga ke dalam rumah”
“ Setiap hari penghuni perumahan terpaksa membersihkan beranda rumah dari debu-debu yang meleket di lantai ,malah
kereta penduduk sentiasa diselubungi debu hingga mencalarkan badan kereta
ketika dibersihkan”Katanya
Lokasi perumahan yang sangat hampir dengan
jalan menyebabkan penghuni takut membuka tingkap dan pintu kerana debu-debu
tersebut berterbangan masuk hingga ke ruang dapur.
Menurut Yulizam, masalah lain yang sudah
berlarutan bertahun-tahun ialah system perparitan perumahan itu yang tidak
pernah diselenggarakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyebabkan air
bertakung.
Katanya,keadaan itu menjadi punca banjir kilat
setiap kali hari hujan melanda kawasan berkenaan kerana system perparitah lebih
80 buah rumah di taman tersebut semuanya tersumbat.
“ Perparitan di sini tidak pernah
diselenggarakan oleh MPS,sedangkan kami setiap tahun membayar cukai pintu dan
lokasi perumahan ini masih dalam kawasan perkadaran MPS.”
“Semua Rumah di sini adalah teres tidak
bertiang justeru akibat parit yang tersumbat bila hujan dalam masa 1 jam saja
air longkang akan naik memasuki ke dalam rumah”Kata Yulizam.
Malah beliau turut mempersoalkan kegagalam PBT
menyelenggara parit utama di sepanjang jalan Batu Sapi yang juga telah lebih
setahun tersumbat tanpa penyelenggaraan dari kontraktor yang diberikan konsisi
pembersihan di Kwasan berkenaan.
Kata selain kedua masalah tersebut,penduduk
juga menghadapi masalah pencemeran bau busuk sisa pembuangan minyak dari kilang
Sawit yang betul-betul berhadapan dengan perumahan berkenaan.
Beliau yang membawa Akhbar ini melihat sendiri keadaan taman perumahan itu kelmarin,mahu PBT mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan masalah yang penduduk hadapi.
“Kami merayulah kepada PBT dan Jabatan Alam
Sekitar membuat pemantauan keadaan
pencemaran Alam Sekitar di Taman Perumahan Poh Hing ini”
“Kerana penduduk sentiasa berhadapan dengan
masalah kesihatan terutamanya batuk, Selesma dan sakit mata kesan dari
pencemaran debu asap kilang dan bau busuk yang perpunca dari parit tersumbat
dan sisa buangan kilang kelapa sawit di sini”Katanya.
Dalam pada itu tinjauan yang dibuat oleh Krew
dan Wartawan Free Sandakan Today.com ini
mendapat segala rungutan dan keluhan penduduk memang ada asas kerana semua
parit di perumahan itu tidak diurus dengan baik malah rumput rampai telah
menutupi permukaan parit.
Selanjutnya semua penduduk Taman Po Hing mengucapkan terima kasih kepada
Wartawan New Sabah Times Mustafah Mohd Hassan, Pengarang Kanan dan Wartawan
Free Sandakan Today iaitu George Shaimon
S Jumadi dan Chang Ten Loy kerana sudi datang membuat tinjauan ke Taman Po
Hing.
No comments:
Post a Comment