Thursday 27 February 2014

MANTAN YDP PERKASA SABAH JEFFRY ROSMAN AKAN DIDAKWAH DIMAHKAMAH PADA 10 MAC INI ATAS DAKWAAN KES TIPU

Written by Admin
Thursday  February 27. 2014-02-27

OLEH: FARIDAH AHMAD

TAWAU:  Presiden Kelab Penyokong Kerajaan BN Datuk Mohd Jeffrey  Rosman  mengaku tidak bersalah  di Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas  dua tuduhan menipu  yang melibatkan wang berjumlah RM90,000.00.

Jeffry yang juga pernah menjawat -jawatan sebagai Yang DiPertua PERKASA Sabah dan kemudian menjawat-jawatan sebagai Yang Dipertua PRIBUMI telah disingkir atas sebab-sebab tertentu dan kemudian beliau menubuhkan lagi Kelab Penyokong Kerajaan BN yang berpusat di Tawau.

Dalam keterangan di mahkamah tertuduh Jeffey Rosman 40 membuat pengakuan tidak bersalah  di hadapan Majistret Suhaila Selag terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan keatasnya.

Jeffrey kini berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebatan rotan saga sekaligus dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan pertama Jeffrey didakwa memperdayakan seorang bangsa cina Mr Tey Joon Yee 60, supaya memasukkan wang berjumlah RM30,000 ke akaun 160036918941 miliknya .

Transaksi itu  dikatakan  untuk mendapatkan surat tawaran projek membina gelanggang futsal di Lahad Datu  daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Jeffrey didakwa melakukan perbuatan terbabit di Maybank Jalan Mahkamah Kompleks Fajar Tawau kira-kira jam 3.30 petang pada 28 Ogos tahun lepas.

Dalam pada itu tertuduh juga turut didakwa memperdayakan mangsa yang sama di tempat yang sama dengan tujuan sama melibatkan jumlah wang tunai RM60,000 pada 4 September 2013  kira-kira jam 3.30 pm.

Majistret Suhaila menetapkan tarikh 10 Mac 2014 ini untuk menguruskan dan menawarkan wang  jaminan RM10,000 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan sebanyak RM20,000.

Pada masa yang sama beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya passport milik Jeffrey ditahan mahkamah.

Jeffery juga pernah bertanding pada PRU 13 bagi DUN Sebatik atas tiket Parti Star menentang calon  BN  Abdul Muis Picho  tetapi tewas


No comments:

Post a Comment