Saturday 15 February 2014

AMPONG DAN NORAINI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AJK BULANAN UMNO BAHAGIAN DAN WANITA UMNO BAHAGIAN



Written By Admin
Saturday February 15, 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI



 

SANDAKAN:- Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sandakan bagi kali keempat yang diadakan pada  petang tadi di pejabat Bahagian iitu yang telah dipengerusikan sendiri oleh Ketua Bahagiannya Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon antara lain membincangkan mengenai aktiviti dan perjalanan pentadbiran bahagian itu bagi  tempoh sepanjang tahun 2014.

  
Katanya dengan adanya mesyuarat bulanan bahagian itu yang diadakan pada saban bulan yang perlu di hadiri semua AJK Bahagian selain untuk merapatkan  siratulrahim  antara Ketua Bahagian dan AJK Bahagian itu ia juga menjurus untuk mengemaskinikan jentera-jentera bahagian itu yang lebih tersusun rapi.



Bercakap kepada Wartawan Free Sandakan Today sebelum mempengerusikan mesyuarat tersebut Ampong berkata banyak perkara yang perlu dibincangkan sambil meminta buah fikiran daripada AJK Bahagian untuk merancang sesuatu aktiviti yang bakal dan sedang dilaksanakan.



Ditanya mengenai beberapa orang ahli-ahli UMNO yang tidak mahu berbaik-baik  dan tidak mahu  bersatu semula demi perjuangan UMNO, Bangsa dan Agama Ampong berkata “Kita sudah berusaha sedaya upaya memujuk dan mengajak mereka  supaya melupakan soal kalah dan menang pada pertandingan  rebutan jawatan dalam bahagian yang lalu lagipun ini adalah pertandingan kekeluargaan dalam UMNO tidak perlu diperpanjang-panjangkan tetapi mereka enggan memberi respon malahan kita dijadikan musuh”



Sambil itu Ampong memuji sikap ahli-ahli Pemuda, Puteri dan Wanita termasuk AJK Bahagian dan ketua-ketua cawangan kerana telah memberikan  kerjasama yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinannya sebagai Ketua Bahagian UMNO Bahagian itu.

  
“Komitmen  yang ditunjukkan oleh semua ahli  daripada Bahagian, cawangan UMNO Sandakan sehingga ke akar umbi amat memuaskan inilah yang kita mahu tiada gunanya perselisihan  dan pergeseran itu  terus menghantui diri masing-masing sehingga berlakunya keretakan dalam Bahagian itu sendiri” tegasnya.



Mesyuarat yang bermula dari jam 2.00 pm hingga juam 5.00 petang telah dihadiri semua Ahli Jawatankuasa Bahagian kecuali Timbalan Ketua Bahagian  Datuk Hj Awang Kading Hj Asrat Tang kerana berada diluar kawasan.



Sementara Ketua Pemuda Bahagian UMNO, Pakarudin Tan Sri Ampong, Ketua Wanita Bahagian UMNO Noraini Sulong dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan  Datuk  Hj Mohd Affendy Datuk Hj  Hamdan turut hadir pada Mesyuarat tersebut.



Sementara Jawatankuasa Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan yang diketuai Noraini Sulong juga telah mengadakan Mesyuarat  bulanan Wanita itu  bagi kali ke 3 pada jam 5.00 petang tadi bertempat di Pejabat Bahagian UMNO dekat sini.

  
Mesyuarat yang dipengerusikan  sendiri Noraini Sulong juga membincangkan pelbagai agenda untuk merangkak aktiviti Wanita itu bagi tahun 2014 ini.



Noraini mengucapkan jutaan terima kasih kerana semua AJK Wanita Bahagian itu  turut menghadiri  Mesyuarat tersebut.


Noraini juga merayu kepada beberapa Ketua-Ketua Cawangan yang tidak menyokongnya semasa pemilihan Ketua Wanita itu supaya  tampil bekerjasama demi UMNO.



“Saya sedikitpun tidak menyimpan perasaan  dendam  yang sudah-sudahlah marilah kita bersatu semula supaya perjuangan UMNO di Sandakan bertambah kuat terutama sekali bagi menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa hendak menggugat kedudukan kestabilan parti kita” ujarnya.

No comments:

Post a Comment