Friday 28 February 2014

WONG (DAP) PUJI KECEKAPAN PIHAK POLIS BANTERAS 3 SUSPEK KES BUNUH PELAJAR UNIVERSITI CURTIN SARAWAK

Written by Admin
Friday 28 February 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Berhubung dengan  kes kematian pelajar   Universiti Curtin di Miri, Sarawak tahun 2 yang  berasal dari Sandakan  insiden  berlaku pada 4hb Januari 2014, Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong telah menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negera, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 13hb Januari 2014 supaya pihak Polis boleh memberi maklum balas sesegera dan beliau memandang serius hal ini untuk memberi jaminan keselamatan yang ketat kepada setiap murid.

Kata Wong pada 13hb Februari 2014, Hj Zainuddin Bin Zainal, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kontinjen Sarawak, Kuching telah memberi balasan mengenai penyiasatan kes tersebut.


Dalam pada itu Kata Wong lagi pihak Polis memberitahu bahawa penyiasatan kes kematian pelajar Universiti Curtin Miri, Sawarak telah selesai dengan tangkapan saspek - saspek yang terlibat di dalam kejadian tersebut.

Menurut Wong Kertas siasatan bersabit laporan telah diedarkan ke Peguam Kanan Persekutuan Sarawak pada 23hb Januari dan mereka akan dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Saspek - saspek yang terlibat merupakan 2 lelaki dan 1 perempuan serta 1 orang lagi yang masih bebas. Mereka telah dituduh pada 27hb Januari 2014 dan sebutan semula kes telah ditetapkan pada 25hb Februari 2014.

Wong selanjutnya Stephen Wong memujikan kecekapan pihak Polis atas mengendalikan kes tersebut hingga dapat menangkap saspek yang terlibat dalam masa yang singkat.

Dalam kesempatan ini, Wong dengan dukacitanya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang ketikan menempuh saat - saat kesedihan ini.





No comments:

Post a Comment