Thursday, 3 April 2014

KITA AKAN TENTANG HABIS-HABISAN AJARAN SESAT ISLAM YANG DIBAWA OLEH SYIAH........HAMSAN

Written By Admin
Thursday 03 April 2014-04-02

OLEH: SHAIMON S JUMADI




SANDAKAN:-  Masyarakat  
Islam di daerah Sandakan dinashatkan jangan mudah terpengaruh oleh pembawaan ajaran Islam kumpulan  Syiah, Al-Arqam dan Wahabi kerana ketiga-ketiganya adalah ajaran songsang dan sesat yang bertentangan dengan akidah Islam sama ada mahzab  Imam Hambali, Shaffie, Hanafi dan juga Maliqi.


Seperti dalam fahaman Islam Syiah yang amat mempercayai kononnya  manusia berasal daripada haiwan dan agama adalah hasil pemikiran manusia diterima oleh banyak pihak di Barat sebagai agama.

Pengerusi Badan Dakwah Islam Daerah Sandakan yang juga Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji  Mohd Hamsan Hj Awang Supain ketika memberi ucapan alu-aluan di majlis Wanca Pemantapan Akidah 1435H-2014M Peringkat  Daerah Sandakan yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin.

Dalam Islam kita harus nasihat menasihat tentang kesatuan dan keharmonian iman, ilmu dan amat adalah sebahagian penting daripada apa yang disebutkan  di dalam Al-Quran, surah al asr sebagai “wa tawasau bil haqq” (berpesan pesan kebenaran).

Katanya lagi pembawaan ilmu yang dianjurkan oleh kumpulan Syiah ternyata sesat kerana dalam pelbagai aspek telah diubah seperti azan (bang) beberapa baris ayat-ayatnya telah ditokok tambah banyak kandungan ayat-ayat mahupun hadis ditambah dan ubahsuai sedangkan kitab suci Al Quran itu diturunkan oleh Allah ini bukan rang-rang undang atak enejmen  yang boleh digubal.



“Sejak kemasukan kumpulan Syiah di negara ini memang sebanyak sedikit mempengaruhi kepada umat  Islam lainnya terutama  sekali golongan remaja  yang kurang berpendidikan agama Islam, sebab pembawaan  Islam Syiah ini persis pembawaan Yahudi dan banyak perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah Islam  yang dibolehkan dihalalkan termasuk akhlak para pengikut mereka dari segi pemakakaian  tidak seonoh ala Barat” tegasnya.

 

“Kita akan tentang habis-habisan ajaran sesat yang di bawa oleh Syiah akan akan merosakan iman khususnya kepada Umat Islam yang cetek pengetahuan Agama mereka mudah dipengaruhi oleh pendakwah-pendakwah mereka” tegasnya.


No comments:

Post a Comment