Sunday, 27 April 2014

AMPONG PUJI KEPIMPINAN NORAINI SULONG SEBAGAI KETUA WANITA UMNO SANDAKAN MENYERLA,MANTAP



Written by Admin
Sunday April 27. 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


 

SANDAKAN:- Tindakan dan usaha murni yang dijalankan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang diketuai oleh Ketua Wanita  Noraini Sulong dalam pelbagai bentuk aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial kebudayan banyak membawa menfaat kepada ahli-ahli  Wanita UMNO Sandakan dan juga kepada masyarakat setempat.

Tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh Ketua Wanita Bahagian Sandakan amat berat kalau dilihat dari sudut mata kasar memang enteng memang gambang tetapi pada hakikatnya bukan saja jiwa raga, tenaga yang dikorbankan  malahan wang ringgit juga turut dikorbankan untuk menjalankan sesuatu program kecil atau besar.


Oleh itu ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan Noraini sebagai Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan  yang dipilih menerusi pemilihan undian bukan dilantik-lantik  sahaja ini mandate sepenuhnya daripada ahli-ahli khususnya perwakilan daripada wanita UMNO Sandakan pada Mesyuarat pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan pada masa itu.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata demikian ketika merasmikan Program Membara Prihatin anjuran bersama JASA Sandakan dan Pergerakan Wanita bahagian UMN0 Sandakan yang dilangsungkan di Ballroom Sabah Hotel dekat sini petang tadi.


“Saya bukan nak memuji Noraini tetapi ini kenyataan beliau seorang pemimpin wanita yang cekal, tabah hati, sabar walaupun ditelah dihina di caci-caci oleh mantan Ketua Wanita UMNO  yang lalu menerusi laman sosial (Facebook)  tak paya saya sebut namanya namun  Noraini tetap bersabar.

Seperti yang saya jelaskan di awal-awal tadi kemenangan Noraini sebagai Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan bukan main-main lantik ianya  melalui proses pengundian oleh para perwakilan wanita,  ini bermakna kemenangan Noraini sebagai Ketua Bahagian adalah sah” tegasnya.

Kita hairan tambah Ampong lagi mantan Ketua Wanita UMNO yang lama (Asnah Hj Tahlil)  tidak puas-puas hati tentang kekalahannya dan tidak pandai menerima hakikat yang sebenarnya  apa yanh telah berlaku menimpa  dirinya.

Sepatutnya sebagai mantan seorang pemimpin yang berkaliber berpendidikan seharusnya mempunyai daya pemikiran yang waras harus menerima  hakikat ini semuanya takdir Allah harus redha bukan yang menang terus dimusuhi memburuk-burukan dan menghaibkan diri  seseorang, kesabaran orang itu ada had dan ada batasnya orang yang selalu  mengalah bukan bererti takut tetapi orang yang mengalah akalnya panjang” ujar Ampong.
   
Kata Ampong lagi sejak Noraini memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Sandakan tidak henti-henti menerima jemputan daripada badan-badan NGO sehingga Persatuan Bekas Tentera Malaysia PBTM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya bagi kali ke 30 baru-baru ini Ketua Wanita UMNO Sandakan juga yang merasmikan ini bermakna kepimpinan Noraini sebagai Ketua Wanita UMNO Sandakan bukan saja diterima oleh ahli-ahli UMNO bahkan turut diterima oleh para pemimpin NGO lainnya ini adalah  atas kewibawaanya sebagai seorang pemimpin yang dinamik.

“Saya minta ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan daripada akar umbi cawangan dan bahagian menerima Noraini Sulong sebagai pemimpin dan berikan sokongan yang padu kita sama-sama dalam UMNO satu bahtera, satu perjuangan satu misi,satu visi, satu matlamat, satu agenda, satu tujuan satu Presiden parti satu ketua Bahagian kenapa kita harus berpecahbelah ini tiada membawa sebarang keuntungan yang rugi ahli-ahli UMNO sendiri.

“Senang saja kalau sudah tidak suka dalam UMNO dan terus bercakaran sesama sendiri tiada kesudahannya lebih baik tinggalkan UMNO dan masuk parti pembangkang baru puas hati kalau hendak hentam para pemimpin UMNO itu memang dasar mereka.” Tegasnya.

Apapun Ampong berpuas hati program anjuran Wanita UMNO Sandakan dengan JASA ini  mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Wanita UMNO yang datangnya dari pelbagai cawangan ini membuktikan semakin hari Noraini kian mendapat sokongan yang padu atas sikapnya yang tidak sombong berjiwa rakyat tidak pilih kasih membuat ahli-ahli wanita yang pada mulanya tidak menyokongnya kita telah bersatu dan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Sebagai pengisian program tersebut lebih 100 orang yang terdiri daripada ahli-ahli  cawangan-cawangan UMNO zon Elopura dan Tanjung Papat mereka masing-masing menerima sumbangan beras sekampit  berat 10kg yang disampaikan oleh Ampong.

Dalam pada itu  Free Sandakan Today juga di fahamkan bahawa Pergerakan Wanita UMNO Sandakan kerjasama  dengan Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Sandakan akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Pop 60 an pada masa terdekat ini.


No comments:

Post a Comment