Friday, 25 April 2014

SIKAP RAJIN TIDAK MUDAH PUTUS ASA PELAJAR MUDAH MENCAPAI KEJAYAAN ....CHARLES PANG



Written by Admin
Friday April 25.2014

OLEH: SAIMON S JUMADI

SYABAS....Pang menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar cemerlang








KARAMUNTING:-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang berkata  pelajar sekolah mampu mencapai kecemerlangan dalam setiap pembelajaran asalkan memiliki sikap ketekunan dan rajin  berusaha dan tidak mudah berputus asa dan anggaplah cabaran itu satu titian untuk mencapai harapan dan cita-cita yang impikan.

Berucap  ketika perasmian Majlis Anugerah Iltizam 2013 SMK Elopura 2 di Jalan Sibuga, Batu 5, dekat sini, kelmarin katanya sikap sentiasa konsisten pada setiap masa dengan tidak hanya rajin menjelang sesuatu peperiksaan antara ciri-ciri yang membantu kecemerlangan seseorang pelajar.

Beliau berkata, sekolah tentu bangga apabila ada pelajarnya yang berdedikasi serta mempunyai semangat tinggi apatah lagi aktif dalam pelbagai bidang sudah pasti menjadi contoh terbaik kepada orang lain.

Katanya, setiap pelajar perlu terus menitikberatkan pembangunan diri mereka memandangkan usaha-usaha menjadikan mereka sebagai peneroka ilmu sentiasa menjadi perkara paling utama yang terbukti menerusi perhatian pihak kerajaan selama ini.

"Para pelajar mesti berusaha dengan lebih bagi memastikan mereka mampu mencapai kecemerlangan dalam setiap pembelajaran ketika mana sistem pendidikan kini memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa ke arah memenuhi tuntutan zaman.

"Ia penting yang menuntut kita terutama generasi muda sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu berserta tekad bagi perubahan yang lebih baik. Namun begitu, usaha murni ini boleh dicapai asalkan semua pihak bersungguh-sungguh dengan satu iltizam demi kejayaan pelajar kita.

"Justeru, ibu bapa juga memainkan peranan penting yakni menitikberatkan soal pembelajaran di rumah yang tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada warga pendidik khasnya guru-guru semasa di sekolah.

"Golongan guru pula perlu sentiasa meningkatkan kualiti pendidikan dalam proses pengajaran mereka memandangkan anak didik yang bentuk ini adalah merupakan tiang negara dan bakal memimpin negara suatu hari nanti.

"Pada pandangan saya, pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai malahan pembangunan dalam aspek keperibadian, kerohanian, akhlak dan tatasusila juga perlu diberikan perhatian sewajarnya," jelasnya.

Di kesempatan itu, Charles merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar SMK Elopura 2 yang telah menerima sijil dan hadiah atas pencapaian mereka yang diharap kecemerlangan tidak berakhir di situ sebaliknya sampai bila-bila.

Charles juga percaya pelajar-pelajar yang mendapat anugerah pada pagi itu merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha seharian sehingga menjadikan diri insan yang cemerlang dalam bidang pembelajaran.

Lantaran itu, ujarnya, dalam usaha memacu kecemerlangan para pelajar maka semua pihak khususnya warga pendidik termasuklah ibu bapa perlu sentiasa berganding bahu dan mengatur langkah bagi merealisasikan matlamat pendidikan negara.

Ini katanya, kerjasama yang mantap sudah tentu mencapai kecemerlangan akademik yang tinggi sekali gus mewujudkan lagi hubungan baik antara warga sekolah dengan ibu bapa sebagai satu ikatan yang berasas rasa tanggungjawab bersama dan saling membantu.

Terdahulu dari itu, Pengetua SMK Elopura 2 iaitu Poh Siew Boon semasa menyampaikan ucapannya memberitahu sekolah berkenaan mencapai banyak kejayaan dalam bidang kokurikulum dan bidang-bidang lain.

Di mana, katanya, pada tahun lepas apabila pihak sekolah telah mewakili negeri ini untuk pencalonan Anugerah Kokurikulum Cemerlang dan Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah.

"Malah, pelajar-pelajar Kelab Keselamatan Jalanraya juga mewakili negeri bagi Pertandingan Lalu Lintas Shell peringkat Borneo di Sarawak. Begitu juga, PIBG SMK Elopura 2 ini telah mendapat johan dalam satu Anugerah PIBG peringkat Daerah Sandakan.

"Pada ketika ini, seramai 15 orang pelajar berada di Kelantan mewakili Sabah dalam Perkhemahan Kadet Koreksional. Dalam hal ini, kita berharap pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dalam bidang kokurikulum ke arah meningkatkan jati diri sekali gus mampu bersaing di peringkat global," tambahnya.

Yang turut hadir sama ialah Yang Dipertua PIBG SMK Elopura 2, Zainuddin Hassan; wakil PPD Sandakan, Jeffry Nicholas dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Alex Loh.

1 comment:

  1. Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Sikap Rajin Tidak Mudah Putus Asa Pelajar Mudah Mencapai Kejayaan ....Charles Pang >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Sikap Rajin Tidak Mudah Putus Asa Pelajar Mudah Mencapai Kejayaan ....Charles Pang >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Sikap Rajin Tidak Mudah Putus Asa Pelajar Mudah Mencapai Kejayaan ....Charles Pang >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK 8v

    ReplyDelete