By Admin
Monday April 07.2014
SUMBANGAN DARI STAFF ADUN ELOPURA


ADUN Elopura, YB Datuk Au Kam Wah JP yang amat berusaha dalam menggalakkan pembangunan pelancongan Sandakan, terutama dengan usaha beliau untuk menubuhkan tarikan pelancongan yang baru di Sandakan. Beliau telah melawat ke Pulau Berhala baru-baru ini untuk memahami topografi dan persekitaran pantai tersebut, sebagai kajian tapak mengenai cara - cara menarik kedatangan pelancong ke Pulau tersebut. Pada masa yang sama, beliau juga amat pandang berat kerja - kerja pembersihan yang dijalankan dan telah menjalankan pemantauan ketika lawatan beliau ke Pulau tersebut.
Matlamat pembangunan Pulau Berhala adalah memperkenalkan kegiatan sukan air kepada pelancong. Oleh sebab itu, pembinaan kemudahan asas sedang dijalankan pada peringkat ini, antaranya termasuklah pemasangan jaring terapung di lautan sebagai penghalang sampah, bilik loker, kediaman pekerja, tandas dan jeti.

Pada masa kini, semakin ramai pelancong ditarik perhatian kepada pelancongan di Sandakan, sekiranya kita dapat memenuhi citarasa dan permintaan pelancong, ia amat menyakinkan bahawa pasaran pelancong yang lumayan tidak akan eksklusif dan tumpuan di Kota Kinabalu.

YB Datuk Au menegaskan bahawa Sandakan sememangnya tidak harus melepaskan peluang ini. Selain daripada hotel, katering dan syarikat pelancongan menyediakan promosi - promosi yang menarik minat pelancong, pelabur juga harus menjadi kreatif untuk mencipta produk yang bersifat ciri-ciri tempatan Sandakan, untuk merangsangkan perbelanjaan pelancong di Sandakan. Dengan itu, pembangunan ekonomi Sandakan akan dimanfaatkan daripada aspek pelancongan.
No comments:
Post a Comment