Monday, 14 April 2014

UNTUK MEMPELAJARI SESUATU BIDANG FAKTA UMUR BUKAN KAYU PENGUKUR...KATA NORAINI SULONG

Written by Admin
Monday April 14.2014


OLEH:  MUHAMED SUFFIAN AHMAD
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Memperlajari sesuatu bidang apa saja jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pastinya bermenfaat dan ianya  sebagai titik menimba ilmu untuk diri sendiri.

Usia bukan sebagai  kayu pengukur untuk di seseorang itu tidak boleh mempelajari sesuatu yang kita minati untuk memajukan diri sendiri yang penting kita rajin yakin apa yang kita telah pelajari sudah semestinya  kita dapat lebih pengetahuan tentang selok-belok sesuatu benda baru.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong bercakap kepada Wartawan Kanan Portal Free Sandakan Today.com semasa menghadiri penutupan kursus kemahiran ICT anjuran AMC The School of Business tajaan Kemjenterian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah di pusat AMC Kolej Bandar Maju dekati sini kelmarin.

Kursus yang dikendalikan secara berperingkat-peringkat fasa 1 dan fasa 2 telah disertai seramai 31 orang yang mewakili jabatan dan NGO masing-masing.

Noraini berkata kursus kemahiran ICT amat berguna kepada  golongan individu kerana kalau seseorang itu langsung tidak pandai menggunakan computer atau yang disebut sebagai buta IT ia seumpama orang itu masih berada di alam tahun 60an dan 70an .

“Dasar kerajaan yang ada sekarang tambah Noraini memang memandang berat dan mahu rakyatnya kalau boleh 100 peratus celik ICT kerana dunia tanpa sempadan  semakin canggih kita boleh berintraksi di mana saja kita berada.


“Namun demikian jangan pula bila kita sudah mahir menggunakan computer pandai pula berfacebook (laman sosial) disalahgunakan menghentam sembarangan kita semestinya beritika walaupun pihak SKMM telah memberikan kebebasan sesiapa saja boleh menggunakan FB tanpa kawalan disebaliknya ia juga boleh mengundang kecelakaan kepada diri sendiri jika melanggar peraturan SKMM” tegas Noraini.

No comments:

Post a Comment