Wednesday 2 April 2014

TUNGGU ADA PENDUDUK KENA SERANG DENGGI HINGGA MATI BARU MPS AMBIL TINDAKAN......YUNIZAM

Written by Admin
Wednesday April 02.2014

OLEH: SAIMON S JUMADI


  1. SEKONG:-  Kalaulah keadaan parit tersumbat dan bertakong tidak diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) seratus peratus  pastinya tempat pembiayakan  nyamuk Aedes  secara besar-besaran dan ini akan membawa padah kepada seluruh penduduk Taman Poh Hing diserang wabak demam denggi berdarah yang boleh membawa maut seluruh penduduk berkenaan.


Adakah fenomena ini telah diketahui oleh pihak MPS atau sebaliknya tidak memperdulikan hingga  menunggu ramai penduduk Taman Poh Hing jadi arwah (merihang) barulah pihak kerajaan khususnya pihak MPS kelam kabut mengambil tindakan drastik untuk menyenggelarakan saluran parit yang tersumbat sekian lama terbiar itu.

Seorang penduduk  Taman Poh Hing  yang dikenali Yunizam Yusof (gambar) memberi tahu Free Sandakan Today  semua penduduk Taman Poh Hing dikenakan membayar cukai pintu pada saban tahun sebanyak RM 175.25 tetapi perkhidmatan daripada MPS amat mengecewakan kerana semua system saliran perparitan yang tersumbat dan menyebabkan air bertakong walaupun sudah dilaporkan lebih 30 kali kepada pihak MPS namun  sehingga sekarang tiada tindakan diambil.

Kata Yunizam lagi sia-sia saja penduduk membayar cukai tetapi segala masalah yang dihadapi penduduk langsung tidak dipedulikan di mana kah letaknya tanggungjawab MPS sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diamanahkan oleh kerajaan Negeri sebagai urusetia.

“Dengan keadaan saliran parit tersumbat dan airnya bertakong telah membimbangkan kepada penduduk setempat kerana nyamuk diawal pagi dan waktu magrib walaupun tidak diundang datang  bertamu masuk  ruang bilik tidur untuk mencari mangsanya” katanya lagi.

Sehubungan ini Yunizam bagi pihak penduduk Taman Poh Hing meminta jasa baik Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Ling dan Wakil Rakyat Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya agar dapat melawat ke Taman Poh Hing untuk melihat sendiri situasi parit-parit yang dimaksudkan seterusnya membawa perkara ini kie pihak MPS dengan seberapa segera yang boleh.



No comments:

Post a Comment