Wednesday 16 April 2014

Syarikat minyak perlu turut sama jaga perairan Sabah, kata Hishammuddin



By Admin
Wedenesday April 16.2014

OLEH: ABULLAH AWANG CHIK

KUALA LUMPUR:- Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyeru syarikat pengeluar minyak yang mendirikan pelantar minyak di perairan Sabah agar turut bersama mengawasi kawasan itu.

Menteri pertahanan itu berkata, syarikat pengeluar minyak yang membelanjakan berbilion ringgit demi memastikan keselamatan aset dan pekerja mereka perlu bekerjasama dengan kerajaan menjaga

"Mengapa kerajaan sahaja yang perlu membuat pemantauan? Shell di kawasan itu. Esso, Petronas membelanjakan berbillion (ringgit) untuk keselamatan dan pertahanan sama ada menentang lanun atau ancaman lain.

"Kami sekarang bekerjasama rapat dengan entiti komersial yang mempunyai banyak pelantar minyak di Lautan Sulu agar bekerjasama rapat dengan kami," katanya ketika berucap di Forum Putrajaya di Kuala Lumpur, hari ini. 
 
Empat ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengadakan lawatan ke Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi melihat sendiri kawasan itu selepas beberapa siri penculikan masih berlaku meskipun lebih RM300 juta dibelanjakan kerajaan bagi membangunkan kawasan itu.

Hishammuddin berkata sekiranya kawasan perairan Sabah berada dalam keadaan tidak selamat, bukan sahaja pengeluaran minyak terjejas tetapi syarikat berkaitan menerima tempiasnya.

Katanya, keadaan itu mewujudkan situasi menang-menang apabila pelbagai agensi dalam dan luar negara turut sama bekerjasama menjaga kawasan

"Terdapat sebuah syarikat Malaysia mempunyai 56 helikopter bagi menghantar pekerja Petronas ke pelantar minyak. Jika kestabilan kawasan itu terjejas, bukan sahaja Petronas akan menghentikan pengeluaran minyak tetapi syarikat

"Ia situasi menang-menang bekerjasama di antara polis, tentera dan orang awam rentas agensi dalam Malaysia dan negara berhampiran," katanya dalam forum yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Hishammuddin berkata, prestasi yang ditunjukkan Esscom dan agensi terlibat menjaga perairan Sabah masih belum berada di tahap yang luas.
Katanya, kawasan yang diliputi Esscom bukan satu kawasan kecil iaitu membabitkan kawasan yang merentasi 1,400km sepanjang perairan pantai timur Sabah.

"Saya tidak gembira dengan keadaan sekarang. Ada tiga tonggak yang perlu diketengahkan iaitu polis, tentera dan orang awam. Kawasan perairan yang perlu diawasi 1,400km. Dengan bot mungkin setengah jam tetapi berenang merentas dua kawasan itu mungkin dalam 45 minit."

Beliau turut mengulas pengalamannya berdepan situasi itu: "Tekanannya 10 kali ganda berbanding semasa saya menjawat jawatan menteri dalam negeri dahulu walaupun sekarang saya pemangku menteri bagi Kementerian Pengangkutan

No comments:

Post a Comment