Friday 4 April 2014

MPS DIGESA SELENGGARAKAN SISTEM PERPARITAN TERSEBUT TAMAN POH HING

Written by Admin
Friday 04 April 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI





BATU SAPI:- Ekoran laporan media yang tersiar di Portal Online Free Sandakan Today.com  pada 02-04-2014 bertajuk: “Tunggu Ada Penduduk Kena Serang Denggi Baru MPS Ambil Tindakan....Yunizam” telah mendapat perhatian semua pihak.


Walaupun Taman Poh Hing bukan kawasan  Parlimen Sandakan kerana tiada pemimpin parti kerajaan yang mahu mengambil tahu dan sebarang langkah dan tindakan menanangi masalah yang dihadapi oleh seluruh penduduk kawasan perumahan berkenaan yang dianggap serius.

Lantaran dua  orang Pegawai Khas dari pejabat Parlimen Sandakan Amsi Liew dan Dayang Zubaidah Datu Tahil yang telah dimaklumkan mengenai fenomena tersebut telah membuat tinjauan ke kawasan Taman Poh Hing memang benar system perparitan yang tidak terurus  menyebabkan saliran parit tersumbat dan bertakong dan ini jelas tempat pembiayakan nyamuk Eades bersarang secara besar-besaran.

Apapun kata Amsi yang mewakili Ahli Parlimen Sandakan akan membawa perkara ini kepengetahuan pihak yang berkenaan agar segala masalah serius akan dapati diatasi seterusnya diambil tindakan segera.




“Kita khuatir jika masalah air kumbahan yang bertakong  di dalam parit tersebut dibiarkan begitu saja ini akan membahayakan kepada penduduk kerana akan diserang jangkitan wabak denggi berdarah akibat sengatan nyamuk Eades” katanya kepada Wartawan Free Sandakan Today sejurus selepas lawatannya ke Taman Poh Hing kelmarin.

No comments:

Post a Comment