Tuesday 1 April 2014

PERTANYAAN MP SANDAKAN BERHUBUNG JALAN PINTAS SANDAKAN FASA II TERJAWAB?

 Written by Admin
  Tuesday April 01.2014

 OLEH: SHAIMON S JUMADI




SANDAKAN:- Dalam sesi  perbahasan di Sidang Parlimen di mana Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tian Fatt   mengajukan soalan, minta Menteri Kerja Raya  tentang bekalkan sesalinan “feasibility study” mengenai  Jalan Pitas-Sandakan Fasa II, dan asas-asas yang menyokong cadangan Menteri pada 25 November 2013 di Dewan bahawa Jalan ini tidak “feasible” dan “tidak diluluskan”, bilakah keputusan ini dibuat, dan apakah projek-projek lain yang lebih “merupakan keutamaan”?

Jawapan daripada Menteri berkenaan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenyataan YB Menteri Kerja Raya di Dewan Rakyat pada 25 November 2013 yang lalu mengenai Jalan Pintas Sandakan ialah merujuk kepada pelaksanaan projek tersebut tidak termasuk dalam senarai projek- projek yang diluluskan dalam RMKe- 10 setakat ini.

 Ini berikutan peruntukan tersebut diberikan kepada projek- projek jalan lain yang lebih berkeutamaan di negeri Sabah, khususnya projek menaiktaraf Jalan Pan Borneo dan Jalan- Jalan Persekutuan utama yang lain.

Laporan Kajian Kemungkinan projek Jalan Pintas Sandakan telah disiapkan pada tahun 2005. Kajian tersebut mendapati projek ini sememangnya berdaya maju untuk dilaksanakan bagi tujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik di bandar Sandakan. Sehubungan itu, kementerian ini akan memohon semula projek ini dalam Rolling Plan ke-4 (2015), RMKe-10.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan kajian kemungkinan projek Jalan Pintas Sandakan ialah dokumen terperingkat Kerajaan berstatus ‘sulit’ dan ia tidak dibuka kepada awam bagi mengelakkan dari kegiatan spekulasi.

Sekian, terima kasih.  

Inilah antara penjelasan  daripada Menteri terbabit tentang soalan-soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Sandakan berkaitan Jalan Pintas Sandakan Fasa II

No comments:

Post a Comment