Sunday, 6 April 2014

KEMANA KAH PERGINYA ASET-ASET SABAS SETELAH DIBATALKAN OLEH ROS

Written by Admin
Sunday April 06.2014

OLEH AZMI AZMAN



SANDAKAN:- Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) di bawah pimpinan  Datuk Hj Zakaria Hj Edris yang telah dibatalkan oleh pihak Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya telah menjadi tanda tanya di kalangan ahli-ahlinya

Salah seorang  mantan ahli SABAS yang juga mantan Pengerusi JKKK Kampung Gumantong Jaya Sukau Kinabatangan Abdul Manap Kakaih (gambar) memaklumkan setelah SABAS dibatalkan pendaftarannya dan pada masa yang sama per5satuan  tersebut telah digantikan yang baru iaitu  Persatuan Bangsa Sungai Sabah Baru yang diterajui kepimpinan Haji Wahid Hj Norbinsa sebagai Presiden.

“Dalam konteks ini saya mahu tanya adakah ahli-ahli SABAS yang dulu  setelah dibatalkan ahli-ahli masih lagi sah atau secara atomatik menjadi ahli baru kepada SABAS baru atau  turut terbatal dengan sendirinya” tanya Manap.

“satu perkara lagi bagaimana kedudukan  keahlian SABAS lama dengan secara atomatik diserap ke SABAS baru dan perlu kah kami mengisi borang keahlian baru untuk SABAS di bawah pucuk pimpinan Hj Wahid atau isebaliknya” ujarnya.

Selain itu Manap yang mewakili ahli-ahli SABAS lama ingin mengetahui  setelahn pihak ROS membatalkan SABAS di bawah pimpinan Zakaria kemana kah perginya  harta-harta benda termasuk Bangunan, Tanah yang merangkumi aset cair dan aset beku.

Manap juga meminta pihak pendaftaran Pertubuhan (ROS) termasuk pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dengan terperinci mengenai asset-aset kepunyaan SABAS lama.

Manap menambah sekiranya SABAS baru telah menerima sijil pendaftaran daripada ROS bahawa SABAS baru telah disahkan penubuhannya maka wajar Hj Wahid sebagai Presiden baru mengiystiharkan kepada semua ahli-ahli SABAS dan ahli jawatankuasa penaja hendaklah dibubarkan semula dan adakan pemilihan  untuk memilih barisan jawatankuasa  melalui Mesyuarat Agung pertama.

“Kami berharap SABAS baru di bawah pucuk pimpinan Hj Wahid akan dapat melipat gandakan usaha bukan saja untuk menyatu padukan bangsa sungai yang ada di Sabah bahkan juga kebajikan bangsa sungai agar dapat terpelihara dan terbela dalam beberapa perkara” tegasnya,


No comments:

Post a Comment