Friday 25 April 2014

HUKUM HUDUD HANYA UNTUK ISLAM SAHAJA YANG BUKAN ISLAM TAK PERLU BIMBANG

 86 6 0 93

By Admin

Friday April 25, 2014
PAS Johor akan berusaha menjelaskan kebaikan pelaksanaan undang-undang hudud.
aminolhuda hassan 




PETALING JAYA: Walaupun negeri Kelantan yang akan melaksanakan hukum hudud (kalau diluluskan oleh Dewan Rakyat), PAS Johor pula yang sibuk mengadakan program jelajah di seluruh Johor.
Pesuruhjayanya, Aminolhuda Hassan (gambar)  berkata, jelajah itu adalah bertujuan bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat di negeri ini tanpa mengira kaum mengetahui dan membuat penilaian tentang kebaikan pelaksanaan undang-undang berkenaan.
“PAS Johor akan berusaha menjelaskan kepada lapisan masyarakat tentang kebaikan pelaksanaan undang-undang hudud dalam masa terdekat supaya rakyat dapat membuat penilaian tentang kebaikannya.
“Menerusi program itu ia dapat memberi ruang kepada rakyat secara terus mendengar daripada pimpinan Pas Kelantan yang sedang dalam usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.
“Kita akan menerangkan juga konsep model negara berkebajikan yang pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah dan Saidina Umar Abdul  Aziz.
“Ini adalah sebagai salah satu usaha kita untuk memberi kefahaman kepada semua pihak,” katanya
Bagaimanapun, menurutnya, sebarang kenyataan berkaitan pelaksanaan hukum hudud di negara ini hanya akan dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Mengenai hudud hanya presiden sahaja yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tentang pelaksanaannya,” katanya.
Dalam pada itu, PAS Johor turut menyatakan pendiriannya tidak berganjak untuk menyokong Abdul Hadi untuk melaksanakan undang-undang hudud meskipun ia mendapat tentangan daripada PKR mahupun DAP selaku rakan dalam komponen Pakatan Rakyat (PR).
Terdahulu, PAS disaran kembali memberi fokus penubuhan negara berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti komponen PR sebelum ini.
Hukum Hudud kalaupun dilaksanakan hanya khas untuk mengenakan hukuman kepada orang-orang Islam saja dan yang bukan Islam tidak wajar  kenakan hukuman yang sama dan mereka masih dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara Malaysia yang sedia ada dan yang bukan Islam tidak perlu bimbang sekalipun undang-undang hudud diluluskan ini tidak ada sangut paut kepada bukan Islam.

No comments:

Post a Comment