Written by Admin
Wednesday April
30.2014
OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
BEKALAN AIR...Wong akan menemui Jurutera Jabatan Air untuk membincangkan pemasangan paip air di pasar berkenaan
SANDAKAN:-
Jika dilihat dari beberapa sudut sekeliling keadaan kawasan Pasar Malam di
hadapan Pejabat Pos Besar boleh dikatakan dari segi tahap kebersihan agak terjamin
kerana para penjaja terbabit telah mematuhi segala arahan yang telah
dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Sandakan.
Petang kelmarin kira-kira jam 5.00 Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong bersama pegawai Khasnya Amsi Liew dan Pegawai Khas II
Dayang Z Datu Tahil dan rombongan dari PAS Batu Sapi yang diketuai Haji Hamza
Hj Abdullah telah melawat dan menemui para penjaja disitu untuk menjelaskan
beberapa perkara penting yang terdapat di pasar berkenaan.
“Menegenai
bekalan air bersih saya akan berjumpa Jurutera Jabatan Air untuk meminta
pertimbangan bagi pemasangan paip bermeter di kawasan pasar dan bercadang untuk
mendirikan beberapa tangki air diletakan berhampiran kawasan tersebut”
kata Wong kepada Wartawan Kanan Free
Sandakan Today semasa ditemubual sejurus selepas lawatannya ke pasar yang
dimaksudkan.
“Mengenai
kedudukan tandas yang terdapat di Taman
Tun Razak yang berkunci itu setip hari, saya akan menemui pihak MPS untuk meminta
kelonggaran agar tandas berkenaan boleh digunakan bukan saja kepada para
penjaja tersebut banhkan juga para pengunjungnya” ujarnya.
Dalam
pada itu para penjaja juga setuju untuk berkongsi
membayar bil air sekiranya pihak
kerajaan membekalkan air bersih ke kawasan pasar berkenaan.
Mengenai
pembelian tangki mereka juga setuju untuk berkongsi mengeluarkan dana bagi
pembelian beberapa tangki untuk menyimpan air.
No comments:
Post a Comment