Saturday, 19 April 2014

KESEDARAN MASYARAKAT MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR PERLU DITITIKBERATKAN



Written by Admin
Saturday 19 April 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:-  Masyarakat harus sedar tentang penjagaan alam sekitar terutama sekali dalam menjaga kebersihan bukan saja di kawasan Bandar bahkan juga di kawasan sekeliling rumah perlu dititikberatkan.
Kawasan rumah bersih  kawasan Bandar bersih bukan saja elok dan indah dipandang mata bahkan dan menjamin kesejahteraan kehidupan  rakyat yang sihat dan ceria kerana menghirup udara yang bersih dan nyaman.

Banyak kaedah untuk mengurangkan timbunan sampah sarap pertama kalau seseorang itu berbelanja di supermarket atau di pasar-pasar umum terbuka mereka harus menggunakan daya inisiatif sendiri contohnya membawa bakul sendiri atau beg plastik dari rumah yang masih boleh diguna pakai semula.

Barang-barang yang boleh dikitar semula sekiranya hendak dibuang hendaklah diasing-asingkan contohnya seperti beg plastik  botol plastki, botol kaca dan bekas tin-tin minunam ini.


Pegawai kanan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  Mansor Hj Kawi ketika memberi ceramahnya dihadapan 30 orang peserta Shopping Games anjuran Pertubuhan Alam Sekitar  yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin petang.

Katanya tujuan shopping games itu diadakan selaian ia memberi pendidikan kepada masyarakat untuk berjimat berbelanja ia juga mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan alam sekitar.


Menurut Mansor sampah sarap yang terkutip sehari oleh pihak MPS dianggarkan 370 metrik tan ini tidak termasuk sampah-sampah yang belum dikutip.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dan beliau juga amat tertarik shopping games yang julung-julung diadakan dan ini banyak membawa menfaat kepada masyarakat  setempat.

Katanya  Pergerakan Wanita UMNO Sandakan akan menganjurkan program ini pada masa terdekat ini di Taman Mesra bekerja sama dengan pihak EAC.








No comments:

Post a Comment