Sunday 20 April 2014

AHLI UMNO SANDAKAN PERLU PUNYA JATI DIRI DEMI MEMANTAPKAN PERJUANGAN UMNO......AMPONG



Written by Admin
Sunday April 20. 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Pergeseran dalaman parti memang perkara biasa tetapi bergeseran bukan membawa perbalahan sesama  sendiri ini akan menghancurkan perjuangan dalam agenda parti yang kita sokong.

Perpaduan dalam parti UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) memang penting ini untuk menjamin keutuhan dan kekuatan jentera parti untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 (PRU14)  nanti maka kerjasama yang intim perlu disemai dari sekarang.

Ketua Cawangan UMNO Batu 2 yang juga Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata demikian ketika berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan  2014 UMNO Cawangan Kg Batu 2 pagi tadi diperkarangan dikediamannya di Jalan Pantai Chi Wah dekat sini.

“Sebagai seorang ahli UMNO kalau sayangkan parti ini maka pergeresan mahupun sengketa yang berpanjangan gara-gara tidak rasa kepuasan hati  atas kekalahan pada pemilihyan  AJK Bahagian tempohari ini akan merugikan kepada perjuangan parti khususnya ahli-ahli UMNO sendiri namum sebaliknya memberikan keuntungan kepada pihak parti lawan” tegasnya.
 
Ahli-ahli UMNO Sandakan seharusnya mempunyai jati diri yang jitu dalam meningkatkan perjuangan agar parti UMNO dihormati oleh rakan-rakan parti komponen BN lainnya biarlah UMNO menjadi ikutan atau edola kepada rakan-rakan dalam komponen BN kalau kita dalam UMNO asyik bertelaga, bersengketa tiada kesudahannya macam mana rakan-rakan komponen BN mahu ikut langkah kita” ujarnya.
Dalam kesempatan ini saya merayu kepada semua ahli UMNO  khususnya diperingkat cawangan agar bersatulah kita semua demi UMNO, demi bangsa Melayu, demi tanah air dan demi agama Islam  lupakan masalah-masalah lalu kita kembali bersatu teguhkan dan kuatkan jalinan mesra kita demi perjuangan UMNO” kata Ampong.
 
Turut hadir pada Mesyuarat tersebut ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong memang secara kebetulan beliau merasmikan Mesyuarat Wanita UMNO  Cawangan Kg Batu 2. Dan juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong

Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12,30 pm yang dihadiri lebih 200 orang telah berjalan lancar tanpa adanya sebarang gangguan dari luar.




No comments:

Post a Comment